Asuh

Doktor Kongsi Kesan ‘Screen Time’ Kepada Anak Jika Pendedahan Terlalu Awal

17
SHARES

Kebanyakan ibu bapa mengambil jalan mudah dengan memberikan anak-anak melihat telefon dalam jangka masa yang panjang walaupun ia terlalu awal. Kesan screen time yang berlebihan boleh mempengaruhi kesihatan fizikal anak-anak termasuklah mata mereka.

Selain itu, kesan screen time yang berlebihan juga akan menyebabkan anak-anak kurang bercakap kerana lebih tertumpu dengan video atau games yang dilihat. Seorang doktor di media sosial telah mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Baca juga: 4 Punca Anak Berat Mulut/Speech Delay & Cara Mengatasinya

KESAN SCREEN TIME KEPADA ANAK JIKA PENDEDAHAN TERLALU AWAL

Menurut Dr Zuraida, pada tahun 2018 satu kajian telah dilakukan yang mengaji kesan pendedahan skrin dan kaitan dengan masalah anak-anak yang ada ciri-ciri seperti Autism.

Kajian tersebut mendapati:

  • jika kanak-kanak di bawah usia tiga tahun didedahkan dengan skrin telefon kurang tiga jam, mereka akan mengalami masalah kurang tumpuan dan lambat bercakap.
  • jika mereka didedahkan dengan skrin telefon lebih daripada tiga jam sehari, mereka didapti masalah lambat bercakap, kurang tumpuan dan juga hiperaktif.

Pendedahan skrin telefon perlulah dikawal oleh ibu bapa serta ada interaksi antara ibu bapa dan anak. Seperti contoh, memberitahu dan mengajar anak-anak apa yang berlaku. Bukanlah hanya membiarkan mereka melihat telefon secara sendirian sehinga berjam-jam.

“ILMU YANG BERMANFAAT,,”

Posting doktor tersebut sudah pasti dibanjiri komen ibu bapa yang turut menceritakan pengalaman masing-masing dan bersyukur dengan info yang dikongsi oleh Dr Zuraida.

Sumber: TikTok Dr Zuraida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×