Asuh

4 Punca Anak Berat Mulut/Speech Delay & Cara Mengatasinya

39
SHARES

Mendidik anak tidaklah semudah yang disangka. Setiap keluarga pasti diuji rintangan dan dugaan yang berbeza-beza. Antaranya apabila anak mengalami masalah speech delayed atau lambat bercakap.

Hal ini mungkin dilihat biasa bagi sesetengah keluarga, namun ia memerlukan bantuan dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak.

Terdapat beberapa punca dan cara untuk membantu anak-anak yang mengalami masalah speech delayed.

Baca juga: Awas Jika Anak Menulis Nombor & Huruf Secara Terbalik, Kena Check!

4 PUNCA ANAK BERAT MULUT/SPEECH DELAYED

Pengacara popular, Uyaina Rashid membahaskan beberapa points menarik yang dibincangkan ketika live di Wanita Hari Ini.

Bagus topik di WHI today. “Bila Anak Berat Mulut atau Speech Delay.” Walaupun belum kawin, belum ada anak, but this topic is really good and it teaches me a lot. Here are some important points from the discussion:

– Untuk ibu bapa, kalau anak-anak anda dah mencecah 18 bulan, dan masih tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkataan, tak faham apa-apa arahan yang diberikan, tidak ada eye contact ketika orang bercakap dengannya, berkemungkinan anak anda sedang menghadapi speech delay.

1. FAKTOR GENETIK ATAU PERSEKITARAN

Genetik, kalau ahli keluarga lain pernah ada masalah speech delay, mungkin anak tu pun boleh dapat speech delay jugak. Persekitaran, sama ada anak itu mendapat ransangan/interaksi yang mencukupi dari orang disekeliling esp ibubapa.

2. PENDEDAHAN GADGET DI USIA MEREKA MASIH BAYI

Expose anak-anak kepada gadget di usia mereka masih bayi pun akan menyebabkan anak-anak mengalami speech delay. Too much of screen time sangat bahaya untuk anak-anak.

3. MENGAJAR LEBIH DARI 2 BAHASA

Mengajar anak-anak lebih dari 2 bahasa di usia masih kecil juga akan membuatkan anak itu keliru dan ini akan membuatkan anak itu mengalami speech delay. Anak yang berusia 2 tahun ke bawah akan menyerap bahasa yang didengar disekelilingnya (receptive language) sebelum anak boleh mampu menterjemahkannya dalam bentuk pertuturan (expressive language).

4. JANGAN ‘BABY TALK’ DENGAN ANAK-ANAK

Cakap menggunakan bahasa yang betul macam kita cakap dengan orang dewasa. ‘Baby Talk’ akan membuatkan anak kita tak boleh bercakap dengan baik dan menggunakan perkataan atau bahasa yang betul.

CARA MENGATASI MASALAH SPEECH DELAY

Terdapat dua cara untuk mengatasi masalah speech delayed iaitu self talk dan parallel talk.

– SELF TALK

Self Talk ni macam kita tengah bercakap dengan diri sendiri tapi sebenarnya secara tak langsung, anak itu sedang menerima input dari apa yang kita katakan.

Contoh: Kalau kita sedang masak. Cakap dengan anak; “Ini sayur. Sayur ni berwarna hijau. Mama nak masak sayur ni.”

– PARALLEL TALK

Kaedah kedua; ‘Parallel Talk’ atau kita ceritakan apa yang anak kita sedang lakukan, kepada anak itu.

Contoh: Anak sedang bermain bola. Cakap dengan anak; “Ini bola. Bola ni berwarna merah. Bola ni besar. Adik suka main bola?”

Perkongsian video Dr Zuraida di laman TikToknya juga memberi beberapa tips bercerita kepada anak untuk mengelakkan masalah lambat bercakap.

Sumber: Twitter Uyaina Rashid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×