Famili

“Jangan Kecam Tengok Parents Bawa Anak Keluar Main, Anak-Anak Pun Penat”

13.8K
SHARES

Kelonggaran SOP bagi kawasan Lembah Klang merupakan satu berita gembira buat ibu bapa yang sudah lama tidak membawa anak-anak mereka keluar ke taman dan melakukan aktiviti riadah.

Anak-anak yang sudah lama terkurung pasti emosi dan perkembangan agak terganggu kerana hanya melakukan aktiviti dalam rumah sahaja.

Menjengah ke ruangan Instagram milik pengacara TV, Mya Zulfikli, dia meluahkan pendapat tentang kesihatan dan perkembangan mental si kecil sama penting seperti kesihatan fizikal.

Baca juga: “Latihlah Diri Jadi Ibu Bapa Yang Mudah Terhibur Dengan Anak….”

“JANGAN KECAM TENGOK PARENTS BAWA ANAK KELUAR”

Menurut Mya, tidak dinafikan virus Covid sememangnya sangat bahaya namun jika melihat parents membawa anak-anak bermain di taman, memijak rumput dan pasir, janganlah terus menghukum dan menlontarkan kecaman. Hal ini kerana anak-anak juga sudah terlalu penat duduk di rumah dalam jangka masa yang panjang.

Tambahnya lagi, tidak semua orang bernasib baik mempunyai rumah besar yang memberi kebebasan untuk anak-anak berlari di rumah kerana jika mereka yang tinggal di rumah flat atau rumah yang tidak mempunyai halaman besar cara terbaik adalah dengan membawa anak-anak turun ke bawah dan bermain taman.

“ANAK-ANAK DAH LAMA TAK TENGOK DUNIA LUAR”

Ruangan komen posting tersebut dibanjiri komen-komen daripada kaum ibu yang turut bersetuju dengan luahan Mya. Walau bagaimanapun, SOP jangan lupa ya. Sentiasa jaga jarak dan kebersihan diri.

Sumber: Instagram Mya Zulkifli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×