Hujung minggu ni nak bawa anak pergi mana eh?
Setiap kali tibanya hujung minggu, pasti mak dan ayah sudah fikir kemanakah lokasi yang sesuai dibawa anak-anak. Memandangkan kita tidak dapat melancong ke luar negara, inilah masanya untuk kita fokus kepada cuti-cuti dalam Malaysia bukan?
Jika anda berada di sekitar kawasan Selangor, apa kata anda bawa anak-anak dan seisi keluarga pergi ke 99 Wonderland Park yang terletak di Batu Caves, Selangor. Bagi anda yang tidak mahukan perjalanan yang terlalu lama ke destinasi, inilah lokasi yang sesuai kerana bukan sahaja terdapat tarikan pada waktu siang, malah tarikan pada waktu malam juga sangat banyak!
TARIKAN WONDERLAND PARK, SIAP ADA DINASOUR
Bukan sahaja sering menjadi tarikan orang ramai pada siang hari yang mempunyai tempat menarik seolah-olah berada di zoo, 99 Wonderland Park juga menjadi tumpuan pada waktu malam. Mana tidaknya, jika anda memilih untuk pergi pada waktu malam, anda pasti akan terpegun dengan dekorasi lampu yang ada.
Dekat sini ada macam-macam!
– 99 Dinosaur Park
– 99 Panda Street
– 99 Wild Island
– 99 Zoo Lights
– 99 LED Eiffel Tower dan banyak lagi.
Ada jugak aktiviti yang best macam Petting Session, 99 Train, 99 Cruise, 99 Paddle Boat, 99 Carousel Madagascar dan Lampu LED pada waktu malam dekat dalam ni. Cantik sangat tempat ni. Jom lawati 99 Wonderland Park yang telah dibuka pada 28 Ogos 2020.
Lokasi: 99 Wonderland Park (Wildlife in The City)
Alamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.
Website (More Info): http://www.99wonderlandpark.com.my
Contact: 03-61283799
Sumber:99 Wonderland Park