Sihat

9 Khasiat Amalkan Minum Air Halia Untuk Kesihatan, Khasiat Lebih Hebat Dari Makan Produk!

133
SHARES

Wanita seringkali dikaitkan dengan kecantikan dan kesihatan. Golongan wanita juga sering dilihat berkongsi pelbagai tips dan cara untuk kekal sihat dan kekal cantik. Kadang kala tips yang dikongsi mereka juga sesuai diamalkan oleh kaum lelaki. Produk kesihatan dan kesihatan adalah perkongsian yang sering dikongsi oleh kaum wanita ini.

Seperti perkongsian kita pada hari ni, seorang pengguna laman twitter, Jiun Er turut berkongsi khasiat satu bahan masakan yang katanya telah lama diamalkan dan turun temurun daripada neneknya. Menggunakan halia sebagai bahan utama dalam tips kecantikan beliau, beliau turut berkongsi manfaat dan khasiat halia untuk kesihatan dalaman.

Hanya Menggunakan Air Rebusan Halia

Seperti semua sedia maklum bahawa halia merupakan sejenis tumbuhan yang sering dijadikan perisa tambahan didalam masakan kerana rasanya yang sedikit pedas dan mampu memberi aroma kewangian dalam masakan. Kita boleh lihat kenapa kaum ibu sering menggunakan halia didalam masakan, ini kerana bukan sahaja berfungsi sebagai penambah perasa, halia juga turut mempunyai 1001 khasiat buat tubuh badan kita.

Hanya menggunakan air rebusan halia, pelbagai lapisan umur boleh mencuba tips untuk kekal sihat ini. Bukan sahaja tertumpu kepada golongan wanita, lelaki juga boleh mengamalkan meminum air rebusan halia ini kerana ianya sememangnya satu bahan yang amat berguna buat semua.

Khasiat Tersorok Halia

Seperti yang dikatakan halia mampu memebrikan pelbagai khasiat buat tubuh badan, mari kita lihat apakah khasiat halia yang sangat berfaedah buat kita.

1.Halia dapat menghapuskan sel kanser. Ini berdasarkan sebuah kajian dan Halia mampu untuk menghapuskan dan memberhentikan sel kanser daripada merebak terutamanya kanser ovari.

2.Mampu menaikkan seri wajah. Halia mampu memulihkan kesihatan dalaman dan juga membuatkan wajah dan tubuh kelihatan segar.

3.Halia juga mampu untuk menurunkan berat badan dan melancarkan sistem metabolisma.

4.Ia juga boleh menghilangkan bau badan dan ini khas buat mereka yang kuat berpeluh dan mempunya bau badan.

5.Bagi kaum wanita, halia mampu meredakan senggugut anda dan masalah pencernaan. Wanita yang dalam keadaan period pain wajib meminumnya dan hanya dibenarkan minum minuman halia panas atau suam.

6.Halia juga mampu untuk membuang angin di dalam badan.

7.Merupakan salah satu bahan anti penuaan.

8.Bagi ibu yang sedang menyusukan anak, halia mampu merangsang pengeluaran susu ibu.

9.Dengan aroma halia, ianya mampu mengurangkan tekanan emosi dan boleh menenangkan minda anda.

Dalam kita tidak sedar, halia ini hanyalah satu bahan masakan yang wajib ada tetapi ianya memberikan pelbagai khasiat yang membolehkan setiap orang menjaganya dengan mudah dan tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk kekal sihat. Hanya boleh mendapatkan Halia dari pasar, rebus dan minum. Tips yang sangat mudah dan ringkas.

Sumber : Jiun Er

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×