Kewangan

7 ‘Trick’ Macam Mana Nak Jimat Berbelanja Bila Pergi Bazar Ramadan

224
SHARES

“Setiap kali pergi bazaar je mesti dekat RM50 aku habis. Macam mana la nak jimat”

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bazar Ramadan merupakan salah satu daya penarik apabila tibanya bulan puasa. Mana tidaknya, mata kita disajikan dengan pelbagai jenis lauk dari yang mudah didapati hinggalah yang unik khusus dalam bulan ini sahaja. Oleh itu, duit pun mengalir bak air bila berbelanja di bazar. Macam mana nak jimat?

7 Tips Jimat Duit Belanja Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan ni duit belanja akan keluar lagi laju daripada bulan biasa. Betul ke? Bulan Ramadhan ni lah kita untuk berlatih untuk menahan lapar dan dahaga. Nafsu belanja kau tu pun kena kawal supaya tak pembaziran makanan berlaku. Sepatutnya bulan ni kita boleh jimat banyak kan. Tapi orang yang biasa berbelanja besar memang duit keluar laju je. Jom baca antara tips kau boleh jimat berbelanja dalam bulan Ramadhan ni.

1. Sudah Buat Keputusan

Lepas solat Asar kau terus fikir apa kau nak beli di bazar nanti. Yang pergi ke bazar baru nak fikir tu yang beli banyak-banyak tu. Pastikan kau beli tak lebih dua-tiga jenis lauk je.

2. Jangan Bawa Duit Berlebihan

Jangan bawa duit yang berlebihan sebab nanti kau akan beli makanan yang berlebihan. Contohnya bawa RM20 sahaja. Jadi takdelah kau nak borang semua untuk juadah berbuka nanti. Dompet tinggal siap-siap dalam kereta.

3. Berbuka Di Masjid

Kau yang bujang tu boleh lah berbuka di masjid. Boleh terus beribadah dan solat berjemaah di masjid. Jimat pun jimat. Dapat pahala solat berjemaah lagi.

4. Bertukar-Tukar Juadah Berbuka

Hari minggu, berpakatlah dengan kawan-kawan untuk berbuka sama-sama. Bawa juadah berbuka puasa yang dimasak sendiri di rumah. Jimat kan. Banyak menu boleh dimakan.

5. Berbuka Di Rumah

Tak perlu beli kuih-muih. Makan je kurma. Tak perlu beli air kat bazar. Buat sendiri je air kat rumah. Masak sendiri lauk. Kebersihan pun terjamin. Lagi jimat.

6. Bufet Ramadhan

Kau makan berapa pinggang sangat lah. Kalau RM80 untuk berbuka puasa tu mahal dah tu. Kos makan kau pun tak lebih RM30 gua rasa. Rugi je RM50 tu. Bukankah Ramadhan ini mengajar kita supaya bersederhana?.

7. Kirim Kepada Kawan

Kalau kau selalu beli banyak-banyak lepas tu tak habis makan, elok lah kau kirim saja supaya kawan ataupun keluarga kau pergi beli untuk kau. Biasa la kalau perut lapar, semua nak makan.

Elok lah kau berjimat cermat untuk sebulan ni. Nanti nak raya lagi banyak nak pakai duit. Kang mula la nak buat pembiayaan peribadi. Orang tak biasa puasa memang memborong makanan banyak-banyak. Serupa tak makan sebulan dah. Beli banyak-banyak pastu buang je. Membazir je. Esoknya buat lagi. Kau la sapa lagi. Kah!

P/S: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna kepada korang. Semoga ada sinar perubahan. Moga amal ibadat kita diterima oleh Allah. Amin

Sumber : Amir Syahir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×