Famili

5 Tips Untuk Ibubapa Pastikan Anak Aktif Tidak Stress Sepanjang Tempoh PKP!

51
SHARES

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membasmi penularan wabak Covid-19 telah berlangsung bermula 18 Mac sehingga lah 14 April akan datang. Sepanjang tempoh PKP ini berlangsung pelbagai ragam manusia telah kita lihat dipelbagai medium sosial media. Bermula dari si kecil sehingga lah yang dewasa. Sepanjang tempoh PKP ini berlangsung, ianya juga boleh menyebabkan tekanan buat sesetengah manusia terutamanya kanak kanak.

Kanak kanak yang aktif akan merasakan PKP ini seperti satu dunia baru dimana mereka tidak langsung dibenarkan keluar. Bagi sesetengah dari mereka akan mula memberontak, ini kerana mereka tidak pandai lagi bagaimana untuk mengawal tekanan yang mereka hadapi tanpa kita sedari. Pelbagai tips boleh diguna pakai oleh ibubapa untuk menjaga anak anak anda. Seperti 5 tips mudah yang dikongsi ini, anda boleh guna pakai untuk anak anak anda.

Ibubapa Memainkan Peranan Penting

Ibubapa mestilah tahu bagaimana hendak memastikan anak anak mereka sentiasa berada didalam keadaan yang sihat dan aktif sepanjang tempoh PKP ini. Peranan ibubapa lah yang paling penting ketika ini. Bagi memastikan anak anak anda sentiasa aktif dan sihat, ibubapa boleh mempratikkan 5 tips mudah ini.

Tips Mudah Elak Anak Anak Stress

1.Kekalkan rutin harian mereka seperti belajar, bermain dan tidur mengikut jadual hari hari biasa mereka

2.Bagi mereka berhubung bersama kawan kawan mereka sama ada melalui panggilan telefon, chatting ataupun panggilan video dengan menggunakan medium ada sekarang

3.Ibubapa hendaklah menjaga batas dan tingkah laku, ini kerana kanak kanak adalah yang paling cepat terikut dengan tingkah laku ibubapa mereka

4.Mengehadkan penggunaan sosial media ataupun media massa dimana kanak kanak akan mudah terpengaruh dengan perkara yang mereka lihat ini termasuk mereka akan terdedah dengan berita berita palsu berkaitan Covid-19

5.Ibubapa juga boleh memberi tugas buat mereka bagi memastikan mereka tahu bagaimana untuk mengembangkan fikiran mereka sepanjang tempoh berkurung ini

Tips mudah ini juga boleh dipraktikkan buat ibubapa sendiri. Perkara seperti PKP ini merupakan perkara yang mungkin boleh dikatakan pertama kali berlaku dinegara Malaysia. Bukan sahaja kanak kanak malah dewasa juga masih sedang belajar untuk mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan ini kerana kita sudah terbiasa dengan kehidupan yang bebas. Sama sama lah kita menyahut seruan kerajaan untuk stay at home bagi membendung wabak Covid-19 ini.

Sumber : David Pruitt

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×