Famili

5 Tips Menambah Berat Badan Secara Beransur-Ansur Semasa Hamil. Haa No 5 Tu Mudah Sahaja!

2.8K
SHARES

Berdiet ketika hamil mungkin berbahaya kepada diri sendiri dan bayi yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan badan kekurangan zat besi, asid folik dan vitamin serta mineral penting.

Pastinya, anda nak tampil bergaya dan confident walaupun ketika mengandung kan? Yela, wanita dan kecantikan kan memang tak dapat dipisahkan, walaupun sewaktu hamil.

Erm…apa kata anda cuba tips yang kami kongsikan ni. Mana tahu boleh menambah berat badan secara beransur-ansur dan capai berat ideal anda. Jom baca!

BUAT JADUAL MENU SETIAP HARI DAN JANGAN SKIP MEAL!

Apa kata anda buat jadual pemakanan seharian. Sekarangkan dah senang, sebab ada pelbagai aplikasi jadual menarik yang anda boleh guna.

Dah alang-alang ada jadual tu, pastikan setiap kali waktu makan, makanan anda lengkap dengan nutrisi seperti karbohidrat, buah dan sayur, protein serta susu atau produk tenusu.

Jangan skip waktu makan kerana apabila korang makan, ianya membekalkan tenaga untuk aktiviti seharian korang. Lagi-lagi wanita yang bekerjaya!

MINUM AIR PUTIH 8 GELAS SEHARI

Walaupun air kosong tidak mempunyai nilai nutrisi, namun ia memiliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan keseluruhan sistem tubuh.

Malah, ia mengembalikan kesegaran tubuh. Selama kehamilan, anda disarankan untuk minum 6 hingga 8 gelas air bersamaan 1.5 hingga 2 liter air kosong sehari.

SENAMAN MEMBANTU KEHAMILAN, TERUTAMANYA SEWAKTU BERSALIN

Rujukan dari babycenter.com.my, senaman yang kerap adalah cara yang baik untuk membantu badan anda menghadapi kehamilan dan bersiap-sedia untuk kelahiran bayi.

Lakukan aktiviti-aktiviti berimpak rendah seperti berjalan atau berenang. Sesi senaman haruslah sederhana dan anda perlu kekalkan hidrasi badan dengan meminum banyak air.

AMBIL MAKANAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

Anda dinasihatkan untuk mengambil ekstra 80 kalori semasa trimester pertama, 280 kalori semasa trimester kedua dan 470 kalori pada masa trimester terakhir. Ianya bagi menyokong keperluan anda dan perkembangan janin. Namun, anda harus berjaga-jaga agar tidak bertambah berat badan berlebihan.

Berat badan yang berlebihan boleh mengundang pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, pra-eklampsia dan kelahiran pramatang.

Selain itu, ibu hamil juga akan kerap rasa lapar. Jadiapabila anda makan dalam kuantiti yang sikit tapi berulang kali, ia akan membantu mengawal rasa lapar dan penambahan berat badan anda.

AMALKAN MINUM SUSU YANG DAPAT MEMBEKALKAN TENAGA

Susu merupakan salah satu sumber tenaga. Kepentingan susu memang tidak dapat dinafikan. Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan jumlah kalsium yang mencukupi.

Jika kekurangan kalsium, kalsium dalam tubuh si ibu akan digunakan untuk menyokong keperluan si manja dalam kandungan.

So, kalau anda semua nak nampak segar dan berkeyakinan, kenalah minum susu!

KALAU RISAU SANGAT, APA KATA MINUM ANMUM MATERNA!

Anmum Materna, mengandungi nutrien penting yang diperlukan oleh ibu hamil dan anak dalam kandungan.

Apa yang best lagi, Anmum Materna membantu menyokong keperluan dan perkembangan si manja dalam kandungan. Kebaikan susu ni untuk ibu dan anak dalam kandungan tau!

TANPA GULA TAMBAHAN DAN RENDAH LEMAK

Selain itu, Anmum Materna perisa biasa juga adalah satu-satunya susu pra-natal tanpa gula tambahan dan rendah lemak, kini boleh didapati dalam bentuk stik pek untuk dinikmati dengan mudah.

**Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ dibawah Piawaian Codex 212-1999 dan CAG/GL23-1997. CODEX merangka garis panduan piawaian makanan antarabangsa yang selaras degan kod amalan. Di bawah Peraturan Makanan-Makanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu adalah ditakrifkan sebagai bahan-bahan pemanis. Di Bawah Piawaian Makanan Australia New Zealand Kod-Piawaian 1.1.2, Sirap Glukosa, Maltodekstrin dan produk-produk serupa adalah ditakrifkan sebagai ‘gula’.

Kalau anda nak tahu, Anmum Materna juga adalah jenama susu pra-natal No. 1 berpandukan Retail Audit for Health Food Drinks Category untuk 12 bulan berakhir September 2018 di Semenanjung Malaysia.

Jadi mak buyung semua, tak perlu ragu-ragu lagi untuk amalkan Anmum Materna ok! Untuk maklumat lanjut dan banyak info menarik. [klik sini]

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×