Didik

5 Sebab Wales, UK Ialah Tempat Terbaik Untuk Sambung Belajar. Menariknya!

“Mak, boleh tak kalau adik nak sambung belajar kat luar negara?” Nak bagi atau tak? Em, berat hati sebenarnya. Risau sebab kat sana suasananya lain berbanding Malaysia. Tapi sebenarnya ada bagus juga. Waktu ini sesuai nak ajar mereka untuk berdikari. 😎

Tak tahu tempat terbaik dan best untuk sambung belajar? Kami ada cadangan. Apa kata suruh anak anda sambung belajar di Wales, UK? Wales merupakan salah satu negara paling top untuk dilawati. Fuh! Sini kami bagitahu kenapa kena sambung belajar di Wales..

Banyak pemandangan cantik, sesuai upload kat Instagram!

Nak buat follower di Instagram cemburu? Anda boleh bergambar dengan view cantik dan scene bersejarah kat sini. Di Wales, ada lebih 600 istana dan 6 tapak Warisan Dunia UNESCO tau. Kalau anda pernah berangan nak belajar macam suasana dalam cerita Harry Potter, inilah tempatnya.

Fakta menarik! Di Wales, lebih banyak biri-biri berbanding manusia. Tak tipu ni. Populasi di Wales mempunyai lebih daripada 10 juta ekor biri-biri dan hanya 3 juta orang manusia. Walaupun peluang bergambar dengan haiwan ni sangat susah, tapi boleh nampak kelibat mereka bila berada di Wales. Comel-comel belaka!

Belajar dalam kalangan ahli akademik & penyelidikan antarabangsa, sungguh hebat!

Wales bukan sahaja mempunyai pemandangan yang cantik, ia juga memiliki ramai golongan bijak pandai. Selain menjadi tempat kelahiran Catherine Zeta-Jones, pelakon Welsh yang sangat gorgeous, Wales juga terkenal dengan ramainya ahli akademik terkemuka dan sumbangan dalam penyelidikan antarabangsa. Hebatnya!

Baru-baru ini, Universiti Wales Trinity Saint David, sebuah universiti di Wales telah menduduki tempat ke-7 di UK untuk Academic Experience oleh Times Higher Education. Ini membuktikan yang kurikulum universiti di Wales telah dirancang dengan teliti. Jadi, anda tak perlu risau pasal tahap akademik kat sana!

Boleh jadi sebahagian daripada komuniti antarabangsa yang aktif dan meluas

Walaupun biri-biri adalah majoriti etnik utama di Wales, 🐏 🐏 minoriti manusia di sini penuh dengan ragam dan budaya dari seluruh dunia. Semua universiti di Wales terkenal dengan perkhidmatan sokongan pelajar antarabangsa yang first class. Wow!

Takut tak dapat sesuaikan diri? Tak perlu risau. Tak kira siapa dan asal usul anda, anda akan dapat benefit apabila menjadi sebahagian daripada komuniti universiti di Wales yang berkembang maju. Boleh anggap Wales macam rumah sendiri. Relax dan chill. Yay! 😋

Terokai pengalaman baru, kawan baru pun ramai!

Jika anda menjadi pelajar di universiti Welsh, banyak aktiviti luar yang boleh anda buat. Macam-macam! Boleh cuba benda baru. Contohnya, kalau sebelum ni tak pernah main ragbi, surfing dan sebagainya, boleh buat kat Wales. Anda pasti enjoy dengan kehidupan sebagai pelajar universiti di Wales. Kawan baru pun ramai. Yay!

Anda seorang yang introvert? Jangan risau. Banyak lagi benda boleh buat kat Wales walaupun anda seorang introvert. Anda mungkin habiskan masa dengan berjalan kat sini sebab pemandangan sangat cantik. 😍 Anda pun pasti tak percaya bila tengok sendiri. Hihi.

Wah, cantiknya! Anda boleh datang ke Taman Negara Snowdonia dan lihat pemandangan cantik. Percayalah, macam cerita Narnia. Kalau nak cabaran, pergi berkayak dengan ikan lumba-lumba dan burung puffin di Taman Negara Pembrokeshire. Terbaiklah! 👍

Nak cuba makanan pelik tapi sedap di Wales? Haa.. Kalau macam tu, kami cadangkan anda cuba hidangan tradisional Welsh iaitu Cawl. Bagi yang suka makan sup kambing, pasti terpesona dengan Cawl ni. Kek Welsh pun sedap juga. Terliur pula. 🤤

Dapat pendidikan bertaraf dunia dengan kos yang rendah

Ada tak sesiapa yang selalu mimpi nak belajar kat UK tapi risau kos tinggi? Anda beruntung kali ni. International University of Malaya-Wales (IUMW) merupakan kerjasama antara Universiti Malaya dan Universiti Wales. Perlukan kos rendah sahaja. 😘 Wee..

Selain itu, program Dual Award di IUMW membolehkan anda menghabiskan semester di kampus mereka, Universiti Wales Trinity Saint David (UWTSD) tanpa bayaran tambahan! Anda juga akan graduate bukan dengan satu ijazah, tetapi dua ijazah sekaligus. Satu dari Malaysia dan satu lagi dari UK. Syoknya!

Selain program Dual Award, anda juga berhak untuk sertai program mobiliti pemindahan kredit. Anda berpeluang untuk study di UWTSD selama tiga tahun tau. Pilih saja mana-mana daripada enam kampus yang terbaik di seluruh UK dan Malaysia untuk mendapat pendidikan yang serba lengkap. Lagi satu, kalau dapat keputusan cemerlang, anda boleh memilih untuk melakukan semester percuma di Universiti Malaya. Fuh!

Jadi, apa yang anda fikirkan sekarang? Pasti anda dah mula berubah fikiran untuk bagi anak sambung belajar di Wales. Hehe. Nak tahu satu benda menarik tak? Tak lama lagi IUMW akan mengadakan Hari Terbuka IUMW untuk kemasukan bulan Ogos. 😱 Wow, wajib pergi ni!

Untuk pengetahuan anda, Hari Terbuka IUMW diadakan bermula 24 Ogos 2018 hingga 26 Ogos 2018, jam 10 pagi hingga 5 petang di IUMW (kampus mereka terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur). Sebarang persoalan, tanya terus kat sana ya. 😬

Untuk info lebih lanjut, hubungi 0326173131 atau lawati www.iumw.edu.my. Jom ramai-ramai jadi pelajar dan graduate di Wales! 🎓 🎓 🎓 Yay..

Yang Popular

To Top