Dapur

5 Resepi Mudah Guna Air Fryer Untuk Bekal Anak Sekolah, Pagi-Pagi Tak Kalut

9
SHARES

“Harini nak masak apa ya untuk anak…”

Setiap hari pasti memerlukan idea baharu untuk menyediakan bekalan makanan untuk anak bawa ke sekolah. Kadang kala mereka pun bosan makan makanan di kantin dan mahu air tangan seorang ibu.

Jadi, untuk mengelakkan ibu-ibu kalut di waktu pagi, apa kata cuba 5 resepi guna air fryer untuk bekal anak ke sekolah. Jimat masa dan juga tenaga kerana bahan-bahan diperlukan juga mudah untuk didapatkan. Jom kita tengok perkongsian ibu bernama Qaisara Qistina di laman Facebooknya.

Baca juga: Resepi Biskut Peanut Butter ‘Rare’, Memang Susah Nak Cari Dekat Kedai

5 RESEPI GUNA AIR FRYER BEKAL ANAK SEKOLAH, PAGI-PAGI TAK KALUT

Sekolah dah mula. Ibu bapa dah mula pening nak fikir buat bekal simple dekat anak pagi-pagi kan. Kepada pengguna Air Fryer ni ada koleksi main masak-masak guna AF. Jom tengok resepi dan cara setting dekat setiap gambar. Selamat mencuba.

1. PIZZA ROTI GARDENIA 

Dengan sekeping roti pun kita dapat feel macam makan pizza sedap tau.

Bahan-bahan:

  • 1 keping roti
  • Mozarella cheese
  • 1 sdb sos tomato
  • Chicken floss
  • Tomato cherry
  • Lada benggala
  • Cendawan

*Bakar pada suhu 170 selama 7 minit. Sedia untuk dihidangkan.

2. PIZZA ROTI TANPA ULI

Jom buat pizza roti. Tak tahu uli tak pe kita buat je pizza roti macam ni.

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti
  • 2 sdb sos pasta
  • Mozarella cheese
  • 1 sdb sos tomato
  • pepperoni daging
  • Tomato cherry
  • Lada benggala
  • Cendawan buang
  • 2 biji telur
  • Lada hitam
  • Garam

*Bakar pada suhu 150 selama 12 minit. Sedia untuk dihidangkan.

3. ROTI BAKAR TELUR GOYANG CHEESE

Idea breakfast super lazat yang sentiasa menjadi pilihan kami.

Bahan -bahan:

  • Roti potong
  • Telur
  • Parsley
  • Chili flakes
  • Garlic powder
  • Lada putih

Perasa boleh ikut kreativiti masing-masing. Apa yang ada dekat dapur

*Bakar pada suhu 150 selama 10 minit. Sedia untuk dihidangkan.

4. BURNT CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • Cream cheese 250g
  • Whipping cream 125ml
  • Gula Kastor 1/2 cawan
  • Telur 2 biji full + 1 telur kuning
  • 1 sdk esen vanila
  • 2 sdb tepung gandum

*Cara dan setting bakar burnt cheesecake dalam air fryer dekat link ni

5. CARBONARA CHEESE ROLLS

Resepi kami guna resepi ni (buat boleh simpan frozen). Teringat nak makan je boleh goreng cara biasa atau bakar guna air fryer.

Bahan-bahan:

  • Roti keping
  • Sebiji bawang holland
  • 1/2 biji lada benggala
  • 6 batang Crab stick
  • 1/2 tin cendawan butang
  • Cheese keping
  • 1 tin sos prego (Cheese & herbs)
  • 3 biji telur
  • serbuk roti

*Bakar pada suhu 200 selama 5 minit setiap side.  Sedia untuk dihidangkan.

Nampak gayanya kena beli air fryer lah lepas ni. Mudah dan cepat kan?

Sumber: Facebook Qaisara Qistina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×