Bila anak tak mahu duduk diam, apa yang kita lakukan adalah letak anak depan televisyen dan buka rancangan kartun. Aktiviti ini dilakukan sepanjang hari supaya si ibubapa dapat menyelesaikan segala kerja mereka tanpa gangguan. Namun, tahukah anda bahawa tabiat sebegini dapat memberi pengaruh buruk kepada anak-anak? Jom ikuti panduan dari si ayah ini tentang perkara yang ibubapa perlu tahu jika terlalu dedahkan anak dengan televisyen atau gajet.
Mak Ayah Wajib Tahu 5 Benda Ni Kalau Ada TV Kat Rumah
1 – TV ni boleh menyebabkan anak mengalami ransangan visual ( pandangan ) dan auditori ( pendengaran ) yang berlebihan lebih-lebih lagi anak di bawah umur 18 bulan
2 – Ransangan berlebihan tadi akan menyebabkan otak si anak menjadi kaku dan celaru untuk menerima ransangan-ransangan lain padahal benda tu perlu untuk otaknya terus berkembang. Hingga akhirnya akan menyebabkan anak kita mengalami masalah lambat bercakap, masalah tingkahlaku dan juga masalah dalam pelajaran suatu hari nanti.
3 – Anak kita masih belum mampu untuk membezakan fantasi dan realiti. Itulah kenapa kartun yang ada unsur pergaduhan, merokok dan mencarut akan dianggap sebagai realiti oleh anak kita dan tanpa kita sedar anak kita akan cuba meniru adegan adegan tu semua bila di belakang kita.
4 – Paling bahaya sekarang trend mak ayah letak TV kat dalam bilik tidur anak-anak. Tahu tak kita suara daripada TV yang terpasang tu sendiri dah boleh menganggu tidur dan perkembangan anak-anak kita walaupun anak kita tak menontonnya.
5 – Sebenarnya American Academy of Pediatrics ( AAP ) ada letak garis panduan tapi ramai sangat mak ayah tak tahu info ni.
INFO PENTING UNTUK IBUBAPA!
+ Untuk anak berusia 18 bulan ke bawah : JANGAN DEDAHKAN DENGAN TV ATAU GADJET kecuali untuk video-chatting dengan keluarga terdekat. Tu pun sekali sekala je.
+ Untuk anak berusia 18 – 24 bulan : Boleh bagi sikit-sikit tapi tak digalakkan.
+ Dah besar sikit baru boleh bagi anak tengok TV tapi tu pun cuma 1 JAM JE SEHARI dan cerita yang anak kita tengok tu mestilah cerita yang berbentuk educational dan mendidik.
p/s : Tolong sebarkan info ni pada mak ayah yang belum tahu ya!
Bukan tak boleh langsung nak tengok televisyen ni, cuma perlu ada hadnya. Semoga anak-anak kita masih ‘selamat’ dari segala pengaruh buruk gajet dan televisyen ini ya!
Sumber: Taufiq Razif