Advertorial

5 Perkara Anda Sering Terlepas Pandang Sehingga Mampu Beri Kesan Terhadap Tumbesaran Anak

2.7K
SHARES

Sebagai ibu bapa, kita sering tanya soalan pada diri seperti “anak saya memilih sangat bab makan, macam mana nak besar?”, “ketinggian anak saya macam tak bertambah pun”, “hari-hari anak saya tidur lambat, nyenyak ke dia tidur?” atau “anak saya sering jatuh sakit” kan?

Bila tak dapat jawapan, mulalah kita Google dan bertanyakan group Facebook bagi mendapatkan nasihat daripada ibu bapa berpengalaman. Semua itu kita lakukan demi anak kerana mahukan yang terbaik untuk mereka, betul tak?

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Piawaian Pertumbuhan Kanak-kanak, 60% ketinggian anak berjaya dicapai sebelum mereka berusia 5 tahun1. Bagaimanapun, masalah tumbesaran terbantut tetap terjadi pada kanak-kanak di Malaysia dan ia mempunyai kesan jangka panjang seperti prestasi akademik lebih rendah.

Justeru, mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan yang terbaik buat anak tidak menjamin tumbesaran sempurna 100%. Sebaliknya, mengambil perhatian terhadap beberapa perkara di bawah ketika membesarkan anak mungkin boleh membantu…

1. Tidak menjaga waktu tidur anak

Bila anak dah banyak aktiviti luar, ditambah waktu bermain gajet dan menonton televisyen di rumah hampir sepanjang masa, pasti mereka tak cukup tidur. Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu tidur yang mencukupi penting untuk perkembangan anak.

Kanak-kanak yang mendapat tidur mencukupi menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia untuk meneroka ilmu baru. Doktor juga percaya tidur memberikan ruang untuk otak kembali aktif menerima stimulasi dan rangsangan melalui aktiviti sensori fizikal.

Apa yang ibu bapa boleh lakukan supaya anak mendapat tidur yang cukup? Biar si manja tidur sendiri, jangan dipaksa. Cipta rutin tidur antara 10-12 jam (kanak-kanak 3-6 tahun sahaja) untuk mereka pada awal usia dan tidur lebih awal waktu sebelum mereka mula mengantuk.

2. Tidak memeriksa rutin kebersihan anak secara kerap

Mendidik anak tentang rutin kebersihan diri seperti mandi, memberus gigi, mencuci tangan dan cara menggunakan tandas yang betul sudah menjadi kewajipan buat ibu bapa. Namun, lumrah kanak-kanak mudah lupa jadi penting untuk anda memeriksa rutin mereka dari masa ke semasa.

Amalan kebersihan yang betul penting untuk mengelakkan mereka dijangkiti kuman penyebab sakit. Bila mereka jatuh sakit, ia sedikit sebanyak mengganggu tumbesaran akibat nutrien tidak aktif kesan daripada penyakit.

Sesekali, ajak anak membasuh tangan atau memberus gigi bersama dan ajarkan teknik yang betul supaya mereka dapat melakukannya dengan tepat selepas ini.

3. Amalkan gaya pemakanan sihat

Salah satu perkara utama yang memberi kesan terhadap tumbesaran anak adalah makanan yang mereka makan. Ketinggian anak bergantung kepada 5 tahun pertama usia mereka dan nutrisi menyumbang 80% bagi membantu si kecil mencapai ketinggian optimum mereka2.

Justeru, jangan halang anak anda untuk makan dan pastikan mereka mengamalkan diet yang betul. Kalau makan tak habis, jangan paksa sebaliknya amalkan amalan makan yang betul. Banyakkan snek berkhasiat seperti buah, kekacang atau roti gandum berbanding roti putih.

4. Terlalu terdedah dengan gajet

Ramai ibu bapa dilihat sering menawarkan gajet apabila anak meragam, bosan atau ketika waktu makan. Tapi, mereka tak sedar tabiat menggunakan gajet seperti itu akan terus melekat dan sukar dibendung apabila anak meningkat dewasa sehingga mampu mengganggu tumbesaran.

Jika diteruskan, proses melihat, ingatan, penilaian dan pemikiran mereka akan terganggu. Sebaliknya, tinggalkan gajet dan ajak anak-anak beriadah dengan melakukan aktiviti luar seperti berlari di taman, berenang, berbasikal dan sebagainya. Dapat keluarkan peluh!

Sebagai ibu bapa, tugas kita adalah untuk mengawal penggunaan gajet anak di awal usia supaya mereka dapat mengimbangkan masa antara gajet dan keadaan sekeliling. Cukuplah sejam sehari atau sebelum tidur untuk hiburan mereka.

5. Biar anak bermain di bawah sinaran cahaya matahari

Berada di bawah sinaran cahaya matahari terlalu lama boleh mendatangkan bahaya, namun ia juga memberikan tubuh badan kita vitamin yang diperlukan. Matahari membekalkan vitamin D yang membantu dalam pengembangan tulang, menguatkan sistem imuninasi, dan memberikan tidur yang nyenyak.

Semua ini membawa kepada pertumbuhan yang sihat pada kanak-kanak. Justeru, sesekali bawa mereka untuk berjalan di pagi hari atau hari minggu mengelilingi kawasan taman atau menikmati sarapan di tempat letak kereta atau balkoni.

Ikuti perkembangan anak anda dengan PediaSure

Sebagai ibu bapa, tiada yang lebih baik selain melihat si kecil membesar di depan mata. Namun, kajian IMFeD dengan Abbott menunjukkan 1 daripada 6 kanak-kanak di Malaysia mengalami pertumbuhan terbantut yang menyumbang kepada peningkatan risiko menghadapi keadaan kronik pada masa depan3.

Banyak sebab dan punca pertumbuhan terbantut boleh terjadi misalnya pemakanan tidak mencukupi. Ini boleh memberikan impak pertumbuhan kepada kanak-kanak seperti gangguan kognisi, ketinggian dewasa lebih rendah dan prestasi akademik lebih rendah.4

Justeru, PediaSure® mahu rakyat Malaysia memastikan perkembangan anak seiring peningkatan usia melalui kempen Grow Right. Ia membabitkan 4 tunjang utama untuk memastikan anak membesar secara penuh meliputi nutrisi lengkap, kebersihan sempurna, lebih masa bermain dan tidur mencukupi.

Ukur ketinggian dan berat si kecil sekurang-kurangnya sekali atau 2 kali setahun. Gunakan carta pertumbuhan atau kunjungi klinik pakar pediatrik terdekat. Untuk mengetahui sama ada anak anda membesar ke arah ketinggian dewasa optimum, gunakan PediaSure® Height Predictor!

PediaSure® kini boleh didapati dalam perisa asli

Selain itu, PediaSure® turut mempunyai susu formula yang kini boleh didapati dalam perisa asli dengan 0% sukrosa dan mengandungi nutrien yang diperlukan anak untuk membesar. Ia juga mengandungi manfaat sama seperti varian PediaSure® Vanila dan Coklat.

Ia merupakan makanan tambahan lengkap dan seimbang untuk perkembangan anak kerana mengandungi Vitamin K₂ semula jadi, kalsium, arginina dan 25 nutrien penting. Malah, kombinasi itu juga mampu menyokong pertumbuhan tulang yang lebih kuat!

Dapatkan PediaSure® hari ini, makanan tambahan lengkap #1 yang disyorkan oleh pakar. Dapatkan sampel percuma di anda hari ini.

Rujukan:

¹ WHO Growth Standard, 2007
² Jelenkovic, A et al. Genetic and environmental influences on height from infancy to early adulthood: An individual based pooled analysis of 45 twin cohorts. Sci. Rep. 6, 28496; doi: 10. 1038/srep28496 (2016)
³ Full report of IMFeD Nationwide Growth Screening exercise among 225 participating private paediatric clinics between April – July 2018 among 20,748 children between 1-5 years old
WHO, Childhood Stunting: Context, Causes and Consequences, 2013

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×