“Daging korban banyak, nak masak jenis masakan apa lagi ni. Dah bosan dah…”
Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban esok, pasti ada juadah enak yang akan terhidang untuk seisi keluarga kan? Maklumlah, banyak daging korban yang kita dapat tetapi asyik masak menu yang sama sahaja. Oleh itu, apa kata anda cuba 5 jenis masakan berasaskan daging ini yang jarang dimasak ketika Hari Raya. Barulah ada kelainan!
1. Daging masak tempoyak
Kalau sebelum ini kita hanya tahu ikan patin masak tempoyak sahaja kan? Rupa-rupanya daging pun boleh digunakan untuk masak bersama tempoyak. Kalau ingin kelainan untuk Hari Raya Korban kali ini, boleh cuba masakan sebegini. Eloklah sekarang pun tengah musim durian lagi kan?
Resipi daging masak tempoyak : http://myresipi.com/recipes/daging-masak-tempoyak
2. Asam pedas daging
Buat anda yang merupakan peminat asam pedas, ketika menyambut Hari Raya pun pasti kena ada masakan ini juga. Jika anda tidak pernah cuba asam pedas daging, apa kata cuba untuk dihidangkan kepada ahli keluarga dan tetamu. Bosan lah kalau selau dimasak menu yang sama sahaja.
Resipi asam pedas daging :http://myresipi.com/recipes/asam-pedas-daging
3. Stik Daging Lembu
Apa lagi yang boleh dibuat dengan daging korban? Kalau tekak rasa nak makan makanan Barat, apa salahnya kalau masak stik daging untuk makan malam di Hari Raya? Sekali sekala ubah selera seisi keluarga sudah pastinya dapat membangkitkan selera semua.
Resipi stik daging lembu : http://myresipi.com/recipes/stik-daging-lembu
4. Daging masak kicap pekat
Ini merupakan antara menu yang menjadi antara menu popular di negeri sebelah Utara. Bukan sahaja mudah, malah daging masak kicap pekat dan pedas ini sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Kalau tetamu datang pun tidak perlu juadah yang banyak, lauk ini pun sudah mencukupi.
Resipi daging masak kicap pekat : http://myresipi.com/recipes/daging-masak-kicap-pekat
5. Daging bakar
Daging bakar sudah pasti menjadi kegemaran ramai tatkala apa jua situasi. Tetapi, untuk Hari Raya Korban kali ini kalau dah bosan asyik masak kari daging atau sup, boleh rajinkan diri untuk bakar daging pula. Digandingkan bersama air asam dan nasi putih pastinya dapat membuatkan anda tambah nasi berpinggan-pinggan!
Resipi daging bakar : http://myresipi.com/recipes/daging-bakar-279bb859-5eeb-4aef-812d-6007ba32476d
Sumber : MyResipi.com