Famili

5 Drama Dalam Keluarga Yang Terjadi Bila Line Wifi ‘Hilang’! No. 5 Tu Paling Stress!

344
SHARES

Covid-19 melanda dan memaksa ribuan manusia untuk bekerja dirumah. Bila bekerja dirumah mestilah kena ada internet yang pantas betul tak? Bukan sahaja bekerja tapi anak-anak juga mula belajar dari rumah.

Bermula dari situ lah ramai yang terus mempunyai kesedaran akan betapa pentingnya untuk mempunyai internet di rumah ni.

Sebab tulah bila wifi rumah terhilang ni memang boleh buat gaduh.  Haa mula lah keluar segala jenis drama dekat ruang tamu tu betul tak? Berikut merupakan antara perkara yang selalu orang buat bila muncul masalah macam wifi!

Tapi antara semua ni, yang last tu paling berkesan & anda kena try!

On dan off router

Paling akan terdetik dalam fikiran mestilah on off router. Rasa macam nak kena kasi router tu berehat kejap. Lama sangat berkerja. Kadang-kadang jadi juga tau!

Connect dan disconnect wifi dekat telefon beberapa kali! Mana tahu kali ke-10 jadi?

“Mungkin tadi salah password kot? ke terconnect dekat salah orang?” padahal dah guna internet tu dah lama. Aduhaiii.

Adik bongsu minta connect personal data

Paling rasa tak ada serba salah atau nak bantu cari jalan penyelesaian mestilah adik bongsu. Agak-agak dia dah tak dapat connect wifi terus je tanya kakak atau abang nak pinjam hotspot.

Tengok balik buku panduan (Letak kat mana ek?)

Itulah dah kata dah jangan buang buku panduan tu. Letak dekat tempat yang paling senang nak ingat. Tup,tup lupa jugak alahai. Tapi kalau tengok buku panduan pun, tahu ke cara nak betulkan? Hurm…

Check adik-beradik sorang-sorang tengah buat apa (mungkin mereka punca?)

“Ini tak abang main PUBG mesti adik tengah tengok Youtube ni!”. Asal takde line je abang kene tuduh dan bermula lah sesi syak wasangka! Habis di checknya telefon semua orang.

“Telefon pegawai khidmat pelanggan cepat!”- Abah

Dalam kelam kabut tu mesti anda akan terdengar satu suara cakap dengan tegas” Apa tunggu lagi tu? Cepatlah telefon pegawai khidmat pelanggan! Lagi lama lah isu ni nak settle nanti.”

Ish pening! Ada cara lagi mudah tak?

Abah punya jalan penyelesaian tu sebenarnya jalan yang paling mudah dan berkesan. Dari gaduh-gaduh tu baik anda call je hotline lagi mudah!

Lagi best kalau anda menggunakan Unifi! Sebab mereka boleh selesaikan masalah wifi tu dalam masa sehari je!

Anda tahu tak, tak payah telefon pun Unifi dah tahu modem anda bermasalah?

Ini kerana unifi dah ready siap-siap beberapa cara untuk bantu pelanggan mereka. Paling best sebab ada antara cara ni yang anda boleh buat sendiri.

Antara servis bantuan yang ada ialah:

Servis Layan Diri Bersama EasyFix

Alat pembaikpulih yang dimana para pelanggan b0leh periksa sendiri masalah rangkaian disekitar anda, mendiagnosis dan menyelesaikan sendiri masalah sambungan Internet, telefon dan IPTV. Bukan itu sahaja, tiket masalah juga akan dicipta sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan.

Notifikasi Proaktif

Unifi akan mengambil inisiatif untuk memaklumkan kepada anda tentang sebarang gangguan sambungan perkhidmatan unifi dalam usaha kami bagi memastikan anda sentiasa termaklum. Notifikasi akan diberikan melalui Whatsapp Rasmi unifi Care, SMS dan juga via aplikasi myunifi.

Penjejak Perkhidmatan

Penjejak perkhidmatan ni membolehkan anda untuk menerima makluman semasa aktiviti baik pulih. Ia membolehkan anda untuk menjejak perkembangan aduan aktiviti baik yang diajukan. Anda juga boleh semak butiran #unifiCareCrew yang telah diassign kepada aduan anda menerusi myunifi app.

Perkhidmatan Baik Pulih 24 Jam

TM komited untuk menyelesaikan gangguan perkidmatan anda dalam masa 24 jam daripada masa laporan anda diterima. Gagal berbuat demikian,*rebat bil akan dikeluarkan dan boleh ditebus menerusi aplikasi myunifi dalam tempoh masa 30 hari.

Pakar unifi Elite

Sama ada melalui penilaian terperinci, khidmat rundingan mahupun mengesan kerosakan, pakar unifi Elite yang terdiri daripada kumpulan profesional terlatih boleh membantu!

Bukan satu tapi lima cara nak bantu anda! Memang wow la unifi ni!

Bukan senang nak cari syarikat jalur lebar yang sangat-sangat menitikberatkan pengguna sampai berikan lima cara nak selesaikan masalah. Ha, siap ada kasi rebat lagi kalau lambat settle.

Kalau dah ada banyak cara macam ni memang tak sempat nak berdrama dah settle dah masalah wifi anda tu. Semua boleh menjalani hidup dengan lebih tenang.

Kini anda ada lebih sebab untuk tukar ke unifi! Anda boleh klik dekat SINI untuk maklumat lanjut!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×