Kini Trending

4 Gadis Wakil Team Malaysia Dalam Acara Robotik Olimpik Antarabangsa Di Swiss!

19
SHARES

Empat perempuan dan seorang lelaki dari Hulu Terengganu dan Johor Bharu akan mewakili Malaysia di FIRST Global Challenge diadakan di Geneva, Switzerland dari 13 hingga 16 Oktober. For Inspiration and Recognition of Science and Technology (FIRST) menganjurkan FIRST Global Challenge, acara tahunan robotik antarabangsa olimpik, di mana satu pasukan belia berumur 15 hingga 17 tahun dari setiap negara dijemput untuk mengambil bahagian.

Baca juga: Media Prima Kekalkan Momentum Pendapatan, Catat Keuntungan RM20.8 Juta Separuh Tahun Pertama 2022

4 GADIS WAKIL TEAM MALAYSIA DALAM ACARA ROBOTIK OLIMPIK ANTARABANGSA DI SWISS

Robotics Learning (M) Sdn Bhd merupakan rakan kongsi rasmi kepada FIRST Global di Malaysia selama enam tahun yang lalu dan bertanggungjawab memilih ahli pasukan Malaysia.

Ahli pasukan tidak perlu menjadi pasukan robotik terbaik di negara ini, tetapi harus menjadi pasukan yang dapat memahami nilai kerjasama, diplomasi, dan menyelesaikan masalah.

Dalam pemilihan kebangsaan tahun ini, Robotics Learning memilih pelajar dengan teliti berdasarkan prestasi keseluruhan mereka bersaing dalam pelbagai pertandingan robotik yang dianjurkan oleh Robotics Learning tahun lepas merangkumi cabaran robotik antarabangsa yang disertai lebih 20 negara dan FIRST Global Challenge.

Pasukan Malaysia terdiri daripada lima pelajar iaitu Nur Alia Sofiah Binti Zainordin (16) sebagai kapten pasukan, Lidya Marlynda Binti Mahd Shah (15) sebagai duta pasukan, Muhammad Ammar Akhmal Bin Abd Wa’fa (15) sebagai pengaturcara, Khayra Binti Zokree (15) sebagai media editor, and Nor Khairiah binti Omar (15) sebagai ketua dokumentasi. Mentor pasukan kebangsaan ialah En Ridhuan Azman dan Puan Nur Nadirah Binti Mohd Roslan.

“Kami berbangga kerana team Malaysia dan mentor tidak berputus asa untuk meneruskan usaha mengumpul dana, mewujudkan kesedaran, memberi inspirasi kepada golongan muda dalam komuniti mereka walaupun pelbagai cabaran selepas pandemik.

Kami percaya bahawa mereka akan membanggakan Malaysia. Pertambahan bilangan wakil wanita dalam eam Malaysia tahun ini akan menggalakkan lebih ramai pelajar perempuan menyertai robotik, yang sebaliknya masih didominasi oleh pelajar lelaki”, kata Ilylia Kamaruzaman, Pengarah Program FIRST Global Malaysia.

Diasaskan oleh Dean Kamen, jurutera Amerika yang terkenal dengan ciptaan Segway dan iBOT, FIRST Global Challenge turut disokong oleh Musk Foundation, Bezos Family Foundation, LAM Research, Fedex, Exxon Mobil dan XPrize.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×