Famili

4 Faktor Anda Perlu Fikir Sebelum Rancang Untuk Tambah Anak Lagi

58
SHARES

“Alamak, dah mengandung sekali lagi!”

Baru sahaja melahirkan anak pada awal tahun, tahun seterusnya anda dah mengandung sekali lagi? Benar bahawa anak-anak adalah kurniaan rezeki dari Allah. Namun, para wanita perlu mengambil berat beberapa faktor untuk merancang keluarga terlebih dahulu. Jika anda merupakan salah seorang yang masih kurang arif mengenai hal ini, ini adalah beberepa faktor yang anda perlu titikberatkan.

Bila saya patut rancang untuk ada anak seterusnya?

Bila mak mak tanya soalan ni rasa macam hehe saya pun anak kedua terlajak. Terlajak perahu boleh diundur terlajak ada baby terimalah dengan redha. Sebenarnya ada banyak faktor yang perlu diconsider bila nak ada anak seterusnya – bagi yang jenis suka merancang. Bagi yang suka jalan terus tak toleh belakang saya nasihatkan anda pause kejap dan baca tulisan ni.

Antara faktor yang boleh difikirkan saya pada ketika ni adalah:

1. Faktor usia

Wanita ni berlumba dengan masa, ada jangka usia yang kita ni betul-betul subur. Jadi usia sebelum 35 tahun adalah waktu wanita betul-betul subur. Jadi kalau jenis lambat berkahwin atau lambat dapat anak kena ambil kira faktor ni. Bukan kata lepas 35 takde chance langsung dapat anak. Lepas 35 masih boleh dapat anak tapi kesuburan menurun dan risiko hamil selepas 35 lebih tinggi. So tik tok tik tok!

2. Faktor kewangan

Melahirkan anak, membesarkan anak memang sangat tinggi. Lagi-lagi kalau yang mengidam nak bersalin dekat Prince Court memang boleh cecah 5 angka untuk kelahiran normal. Belum caesar. Membesarkan anak lagi, keperluan lagi, nak hantar babysitter lagi, sekolah lagi semua guna duit.

3. Faktor kesihatan

Jarang yang fikir kesihatan mak yang hamil dan bersalin. Kesihatan ni termasuklah fizikal dan mental. Ada mak yang dapat anak high needs memang letih. Selalu nak kena attend anak. Ada mak yang ok je chillax ada anak (ni pengalaman anak kedua saya). Ada mak belum hilang penat mental anak pertama dah keluar anak kedua. So pastikan mak dah ready secara fizikal dan mental, baru plan anak seterusnya.

4. Faktor penjaga anak

Bila mak ayah pekerja ramai hantar anak ke babysitter. So kita tengok babysitter ok tak terima anak kita ramai-ramai. Boleh tak dia cope. Kadang-kadang mereka tak boleh nak terima kalau ramai sangat. Bukan apa…kita pun kalau duduk dengan anak-anak yang ramai seharian dah letih sangat. Apa lagi babysitter.

Ada yang pilih nak separate hantar babysitter lain tapi kos pula jadi masalah. Ada yang kata takpela isteri surirumah. Tapi surirumah pun ada limit energy. Maybe kena bantu isteri atau beri isteri seorang helper ke kan.

*Apa pun, consider banyak perkara sebelum plan untuk ada anak seterusnya. Cuma saya nasihatkan tunggu anak yang ada usia sekurang-kurangnya 6 bulan baru mula merancang anak seterusnya. Tu paling minimum lah jarak yang selamat sebab kajian kata kalau tak tunggu anak 6 bulan ada risiko bayi prem, bayi kurang berat badan dan bayi lebih kecil.

Selamat merancang!

Sumber: Amalina Mohd Daud

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×