keselamatan

4 Aksesori Kereta Ini Sangat Bahaya, Boleh Datangkan Risiko Kecederaan & Kehilangan Nyawa

53
SHARES

Aksesori kereta kini telah menjadi kegilaan pemilik kenderaan dan mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tidak kira pasaran online mahupun offline. Lambakan pelbagai pilihan aksesori kereta sedikit sebanyak mendorong pemilik kenderaan untuk memiliki aksesori kereta yang bersesuaian dengan karakter dan personaliti peribadi.

Namun begitu, kebanyakan daripada pemilik kenderaan hanya memikirkan nilai estetika kereta semata-mata. Pemasangan aksesori kereta yang berbahaya, tidak sesuai dan tidak selamat boleh mendatangkan risiko kecederaan dan kehilangan nyawa.

Baca juga: Top 5 Pulau Peranginan Yang Best Untuk Bawa Keluarga Bercuti

Jangan pasang 4 aksesori ini dalam kereta kerana sangat bahaya:

1. Karpet yang tak betul saiz

Karpet yang tak betul saiz akan menyebabkan brake akan tersangkut semasa kecemasan.

2. Dashboard cover

Ini akan menghalang airbag. Hal ini akan menyebabkan apabila berlaku kemalangan airbag tak akan meletop dengan sempurna.

3. Seatbelt klip

Semasa brake kecemasan, ia tidak boleh tahan berat badan anda dan terus pecah. Hal ini akan membuatkan anda bergerak ke hadapan. Kalau insurans nampak seatbelt klip ini dalam kereta, mereka tak akan bagi claim insurans.

4. Steering wheel sticker

Kalau airbag meletop, ia akan cederakan anda. Kalau kena muka, pastinya akan luka.

Aksesori ini memang nampak cantik, tetapi ia akan risiko keselamatan yang tinggi.

VIDEO PENUH

@wapcar_adrian

Korang ada pasang ke? #fypmalaysia #carmalaysia #cartips #carsafety #TikTokGuru

♬ Reality – Lost Frequencies

Sumber: Tiktok wapcar_adrian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×