Siapa yang tidak mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bukan? Namun, tidak semua dapat lunaskan impian ini mungkin kerana kekangan kewangan. Tetapi, kisah seorang ‘mak cik’ yang telah bertugas di sebuah stesen minyak selama 28 tahun sehingga menerima hadiah pakej umrah sebagai penghargaan dari majikannya membawa inspirasi kepada orang ramai. Baiknya majikan!
Baca juga: Sebelum Tiba Di Mekah Atau Madinah, Wajib Install ‘MySejahtera’ Arab Saudi Ini
28 TAHUN JADI STAFF PALING LEGEND, MAJIKAN HADIAH PAKEJ UMRAH!
Berdasarkan perkongsian sebuah video dari pengguna media sosial yang bernama @siti5847, menunjukkan makcik yang dikenali sebagai Sapuan bersama beberapa individu lain telah menaiki sebuah kapal terbang kelas perniagaan untuk ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah.
Dalam video tersebut, dikongsikan foto-foto Sapuan bersama beberapa individu lain di dalam pesawat, dan beberapa lokasi lain di Makkah.
Staf paling lagenda di stesen minyak Petronas Pendang. Long Servis Reward (Anugerah Pekerja Paling Lama Berkhidmat) ‘Pakej Umrah’ kepada beliau.
@sitinur2626 Staff paling Legend di Petronas Pendang. Long Servis Reward “Pakej Umrah” kpd beliau🥰 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryou #tiktok #viral #fypdongggggggg
“DARI KECIK SAMPAI BESAQ DIA ISI MINYAK MOTO..”
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif netizen yang memuji majikan terbabit kerana menghargai pekerja yang setia. Selain itu, ada yang mengakui sudah lama mengenali makcik Sapian, dan berkata wanita itu telah bertugas di stesen minyak berkenaan sejak tahun 1992 lagi.
Sumber: Tiktok @siti5874