Sarapan pagi amat penting untuk membekalkan tenaga sebelum ingin memulakan hari yang panjang. Jadi saranan yang ingin diberikan, sesekali anda boleh berubah ke menu sarapan yang biasa anda ambil. Sedap ini tau, nak-nak pula buat penggemar tuna.
Perkongsian resipi ini telah dimuat naik oleh pengguna Tiktok @aniqclone mengenai 2 cara membuat spicy tuna wrap, style bujang.
Baca juga: Cara Pilih Buah Lemon Yang Betul Bila Anak Batuk Kahak, Seminggu Sakit Dah Hilang
2 CARA BUAT SPICY TUNA WRAP
Cara pertama
Bahan-bahan:
- 2 tin isi tuna
- Bawang merah
- Bawang holland
- Bawang putih
- Daun bawang
- Sos korean
- Kicap manis
- Lada sulah
- Garam
- Gula
- Cheddar cheese
- Tortilla wrap
Untuk resipi pertama ini, masukkan kesemua bahan di atas dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati.
Letakkan 2 cheddar cheese ke atas tortilla wrap dan terus letakkan isi tuna yang telah dibuat tadi. Letakkan di bahagian hujang sikit bukan letak penuh ya.
Kemudian, boleh lipatkan dengan rapi dan cantik supaya tak terbuka semasa masak nanti. Boleh masak tanpa minyak. Dah siap!
Cara kedua
Bahan-bahan:
- Sos korean
- Isi tuna (sama macam cara pertama)
- Tortilla wrap
Cara kedua ini, masakkan dia seperti masakkan pizza. Letakkan sos di atas tortilla wrap.
Kemudian, boleh letakkan isi tuna tadi ke semua permukaan tortilla wrap.
Pada bahagian ini, terpulang pada citarasa masing-masing nak letakkan topping seperti nenas. Tapi dalam resipi ini topping yang digunakan adalah cheddar cheese.
Setelah itu, boleh buka api dan tutup sekejap untuk cheddar cheese cair. Dah siap!
VIDEO PENUH
@aniqclone Spicy Tuna Wrap (Bujang Style) #simplerecipe #resepi #recipes #resepimudah #foodie #tiktokfood #tiktokfoodie #tunawrap #viral #fyp #fypシ #resepisenang