Famili

1kg Cacing Gelang Berjaya Dibuang Dari Usus Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun

22
SHARES

Masalah cacing dalam kalangan anak-anak selalu menjadi situasi yang akan dihadapi oleh ibu bapa. Pelbagai kaedah dan ubat-ubatan telah dicuba tetapi masalah cacing dalam badan masih belum dapat diselesaikan. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan di laman Facebook ini dimana sebuah hospital telah menerima kes seorang kanak-kanak dibedah untuk membuang cacing gelang daripada usus. Mak ayah kena ‘alert’!

Baca juga: 6 Tips Pakar Untuk Kurangkan Pembiakan Cacing Dalam Perut Anak. Lakukan Sekarang Untuk Selamat!

TIDAK DAPAT MEMBUANG AIR BESAR

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun terpaksa menjalankan pembedahan kerana terdapat cacing gelang yang berada di dalam ususnya. Pembedahan dilakukan di hospital daerah Poonch, India.

Terlebih dahulu, kanak-kanak tersebut mengadu kerana tidak dapat membuang air besar sekaligus mengalami kesakitan, kembung perut dan kerap muntah-muntah.

Semasa pemeriksaan dilakukan oleh doktor, ujian imbasan dilakukan di bahagian abdomen. Doktor mendapati usus kecil kanak-kanak lelaki tersebut telah tersumbat sepenuhnya dan dinasihatkan untuk menjalankan pembedahan dengan segera.

Segumpal cacing gelang yang dikenali sebagai Ascaris Lumbricoides berjaya dikeluarkan oleh Pakar Perunding Bedah, Hospital Poonch, Dr Manav Datta dengan bantuan Pakar Bius, Dr Shafiq Choudhary dan Penolong Dewan Bedah, Sanjeev Sharma.

Anggaran cacing gelang adalah sekilogram yang menjadi punca usus tersumbat dan mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkannya.

Dr Manav Datta mengulas mengenai pembedahan itu bahawa ia bukanlah perkara yang jarang tetapi ini kali pertama cacing gelang dalam kuantiti yang besar ditemui dan dikeluarkan dari usus di hospital berkenaan.

Sumber: Facebook Daily Excelsior

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×