Famili

6 Tips Pakar Untuk Kurangkan Pembiakan Cacing Dalam Perut Anak. Lakukan Sekarang Untuk Selamat!

1.3K
SHARES

Pernah atau tidak anak anda merungut sakit perut atau gatal-gatal pada kemaluan mereka? Jika tanda-tanda tersebut ada, maknanya anak anda sedang berhadapan dengan situasi pembiakan cacing dalam perut mereka. Jangan ambil mudah perkara ini, kerana jika dibiarkan, anak-anak berisiko berhadapan dengan situasi kekurangan vitamin, mineral dan penurunan berat badan.

Oleh itu, baca tips ringkas dan mudah ini sebagai cara untuk mengelakkan cacing perut ini dari terus membiak. Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Jom kita baca!

1. Elak guna air paip ketika memberus gigi

http://www.healthchild.net/

http://www.healthchild.net/

Potensi untuk anak-anak tertelan air ketika memberus gigi adalah sangat tinggi. Air paip adalah air yang tidak ditapis dan berpotensi tinggi memudahkan adanya cacing dalam perut anak. Cuba gantikan air paip dengan sebotol air mineral atau air yang ditapis untuk dijadikan kegunaan anak ketika memberus gigi. Hal ini juga dapat mendidik anak supaya lebih pandai menjimatkan air ya!

2. Memantau anak ketika mandi

http://www.kidsunder7.com/

http://www.kidsunder7.com/

Sama juga seperti ketika memberus gigi, potensi untuk anak-anak tertelan air ketika mandi juga akan menjadi penyebab cacing dalam perut anak. Air yang digunakan ketika mandi berkemungkinan sedikit tercemar, oleh itu, pantau anak dan elak mereka dari terlalu lama mandi supaya kurang terdedah kepada risiko cacing di dalam air.

3. Pastikan anak mencuci tangan, terutamanya sebelum makan

http://www.askdoctork.com/

http://www.askdoctork.com/

Kanak-kanak banyak melakukan aktiviti harian mereka di luar rumah seperti bermain dan bersukan. Pendedahan tubuh badan mereka kepada suasana luar menjadikan mereka mudah kotor. Kotoran seperti pasir dan tanah adalah perkara yang akan terjadi. Justeru, penting untuk anda memastikan mereka bersih khususnya bersihkan tangan sebelum makan. Terapkan budaya mencuci tangan dahulu sebelum makan supaya risiko cacing di dalam perut berkurangan.

4. Potong kuku anak, elak dari mengigit kuku

http://www.webmd.boots.com/

http://www.webmd.boots.com/

Tangan, jari dan kuku adalah tubuh badan yang mudah terdedah kepada kekotoran. Tahukah anda bahawa bakteria jenis Staphylococcus Aureus, adalah bakteria yang boleh dijumpai di kuku kita? Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan kuman yang juga penyebab merebaknya cacing dalam badan. Oleh itu, elakkan juga anak anda dari mengigit kuku kerana ini membuka peluang yang lebih besar untuk pembiakkan cacing dalam perut mereka.

5. Elakkan makanan yang terlalu bergula atau manis

http://www.huffingtonpost.com/

http://www.huffingtonpost.com/

Inilah yang selalu dipesan oleh ibu bapa kepada anak-anak supaya jangan terlalu makan makanan yang manis. Makanan atau minuman yang manis boleh menyebabkan pembiakan cacing semakin berleluasa. Bukan itu sahaja, kurangnya pengambilan makanan manis boleh membantu mengelakkan jangkitan perut dalam kalangan anak-anak. Selain itu, jauhi anak-anak daripada makan makanan luar yang kurang bersih. Kenal pasti dahulu lokasi tersebut sama ada cukup bersih atau tidak.

6. Cuci sayur-sayuran, terutamanya jika ingin buat salad.

http://renegadehealth.com/

http://renegadehealth.com/

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang berkhasiat dan bagus untuk anak-anak. Tetapi, sebagai ibu bapa yang prihatin, amat penting untuk mencuci bahan tersebut dengan bersih dahulu sebelum dimakan. Menu makanan seperti salad adalah sangat penting untuk dicuci dengan sempurna kerana sayur-sayuran tersebut adalah mentah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×