Didik

Kenapa Anak Selalu Berjalan Semasa Tidur? Rupanya Ini 4 Sebab Yang Ibubapa Kena ‘Take Note’!

44
SHARES

“Ah sudah! Anak aku berjalan lagi masa tidur la nihh”

Adakah anak anda tergolong dalam kalangan yang suka berjalan ketika tidur? Hampir setiap malam anda akan terjaga kerana nak pantau sama ada anak berjalan atau berada dimana ketika tidur. Hal ini kerana, anda mungkin risau jika anak keluar dari bilik dan berjalan sekitar kawasan rumah dan lagi teruk kalau secara tiba-tiba anak dah ada di luar rumah! Bahayanya! Macam mana nak buat ni?

sleepdisorders.dolyan.com

APA ITU ‘SLEEPWALKING’?

Sleepwalking atau masalah berjalan ketika tidur adalah satu keadaan dimana anak-anak mengalami masalah dalam pola tidur. Masalah berjalan ketika tidur ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa dimana mereka sudah terbiasa sejak dari kecil. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa, kanak-kanak yang berjalan ketika tidur ini selalunya mempunyai masalah kencing tilam. Kalau anak-anak bermimpi pun boleh jadi punca kepada berjalan ketika tidur ni.

completewellbeing.com

TANDA-TANDA ANAK MENGALAMI SIMPTOM BERJALAN KETIKA TIDUR

1. Berjalan atau melakukan kerja ketika berada dalam ‘deep sleep’. Kadang-kadang, ada yang sampai tukar baju tau!

2. Bercakap atau mengigau ketika tidur

3. Kelakuan yang berulang. Contohnya, bergerak dalam bulatan yang sama atau bercakap menggunakan ayat yang sama berulang kali.

http://www.materiaincognita.com.br/

4. Tak ingat langsung bahawa mereka mengalami situasi berjalan ketika tidur.

5. Ada juga situasi dimana, mereka tak akan sedar tentang perbuatan masing-masing sehingga boleh membuang air kecil dimana sahaja mereka mahu.

6. Menjerit. Hal ini kerana mereka berada dalam tidur yang lena dan bermimpi ketika berjalan.

KENAPA ANAK SELALU BERJALAN KETIKA TIDUR?

http://www.thefussybabysite.com/

1. Tak dapat tidur yang cukup merupakan sebab utama anak-anak akan berjalan ketika tidur pada malam hari.

2. Waktu tidur yang tak sekata. Malam ini tidur pukul 10, malam esok tidur pukul 12, berubah-ubah jadual tidur tu. Ini yang menyebabkan anak-anak akan mengalami masalah berjalan ketika tidur.

3. Sudah tiba masanya untuk kencing. Kanak-kanak memang suka tahan kencing dan bila tengah tidur tu, mereka akan mula berjalan semasa tidur dan bermimpi pada masa yang sama. Ini yang menyebabkan bila kita bangun pagi saja, tengok anak dah kencing atas tilam!

4.  Berjalan ketika tidur ini juga boleh diwarisi oleh keturunan. Kalau dahulu semasa muda, si ayah atau ibu pun pernah mengalami masalah berjalan ketika tidur, kemungkinan besar si anak pun akan mengalami masalah yang sama.

JANGAN PANIK! INI CARA UNTUK ANDA ‘HANDLE’ ANAK BERJALAN KETIKA TIDUR

http://www.webmd.com/

1. Secara perlahan-lahan, bimbing anak ke dalam bilik semula dan tidurkan mereka di tempat yang sepatutnya.

2. Gunakan ayat-ayat yang lebih lembut dan selesa untuk didengar seperti ” Adik jangan risau, adik selamat ni, ibu ada dengan adik okay” sambil memegang tangan mereka ke dalam bilik.

3. Janganlah pula bila nampak anak berjalan ketika tidur tu, anda jerit dari jauh dan menyuruh anak masuk tidur dalam bilik. Bahaya tau kalau anak terkejut pada waktu itu.

4. Jauhkan segala peralatan yang tajam dan mungkin merbahaya supaya kalau anak berada dalam situasi tak sedar tu, mereka tak akan jumpa barang-barang yang bahaya ini.

www.infokids.com.cy

5. Kunci tingkap dan pintu bilik anak supaya mereka tak akan keluar atau terjun. Bahaya kalau tak kunci kerana anak-anak mungkin akan berada dalam situasi yang kita tak inginkan.

6. Latih anak untuk tidur dalam waktu yang sama setiap hari. Bila mereka sudah terbiasa dan mendapatkan tidur yang lena, mesti mereka dah tak bangun berjalan pada waktu malam lagi.

giphy.com

* Peringatan untuk ibubapa, jangan anggap bahawa situasi anak berjalan ketika tidur ini adalah perkara yang remeh. Di rumah, mungkin kita boleh kawal segala perlakuan anak supaya tak berlaku apa-apa. Bayangkan macam mana kalau anak berada di tempat lain seperti asrama, macam mana kita nak kawal? Oleh itu, dapatkan rawatan dari pakar dan amalkan gaya hidup yang sihat dan bersih.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×