Dapur

10 Resepi Menu Lazat Untuk Bayi Usia 8 Bulan, Nak Masak Pun Cepat Siap!

28
SHARES

Bayi berusia 8 bulan yang tiada sebarang masalah atau alahan boleh menikmati pelbagai hidangan menarik yang enak dan lazat. Ini kerana si kecil sudah boleh merasa tekstur makanan walaupun gigi belum tumbuh.

Berikut merupakan 10 resepi lazat untuk bayi usia 8 bulan yang ibu-ibu boleh cuba. Paling penting sekali, kesemua hidangan tidak mengandungi gula dan juga garam. Jangan lupa cuba…

Baca juga: Asyik Makan Bubur Je, Si Ibu Kongsi Resepi Rice Egg Roll Supaya Anak Tak Bosan!

10 RESEPI MENU LAZAT UNTUK BAYI USIA 8 BULAN

Antara menu Haifa 8bulan. Seronok masak macam-macam sebab dia berselera makan. Alhamdulillah. Semua blend kasar atau halus tengok tahap anak masing-masing tau.

1. IKAN GORENG ALA MAMAK

Ikan dilumur denga bawang putih, halia, kunyit dan juga tepung beras. Perap sekejap pastu goreng garing. Ketepikan. Tumis bawang merah yang dimayam dengan daun kari hingga naik bau.

Masukkan mirepoix. Kacau-kacau manja. Kemudian masukkan sayur mayur pilihan dan sedikit air bagi sayur lembut sekejap. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul sebati. Siap

2. KURMA AYAM

– Ayam

– Carrot

– Kentang

– Bawang merah

– Halia

– Serbuk kurma-sikit je tau

– Kulit kayu manis+bunga lawang

– Santan

CARA PENYEDIAAN:

– Bawang merah dan halia ditumbuk.

– Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkn bawang yang ditumbuk. Tumis hingga naik bau.

– Masukkan serbuk kurma dan sedikit air. Masuk ayam dan carrot dan kentang.

– Masak hingga semua lembut. Last skali masukkan santan dan biarkan mendidih sedikit pekat. Siap

3. NASI GORENG CINA

– Nasi lembik

– Minyak bijan

– Unsalted butter

– Bawang putih

– Sayur(rina guna carrot,jagung dan kacang panjang)

– Ayam

– Telur

CARA PENYEDIAAN:

– Tumis bawang putih dengan unsalted butter hingga naik bau.

– Masukkan ayam dan sayur mayur.

– Masukkan telur dan kacau. Kemudian masukkan nasi lembik. Kacau sebati dan tutiskan minyak bijan. Gaul-gaul dan siap.

4. IKAN MASAK LEMAK

– Ikan

– Bawang merah

– Kunyit

– Santan [email protected] susu

– Serai

– Sayur pilihan(rina guna sawi dan carrot)

CARA PENYEDIAAN: 

– Tumbuk bawang merah dan kunyit.

– Campurankan dengan santan dan serai.

– Masak hingga mendidih. Masukkan ikan dan carrot. Tunggu hingga ikan masak.

– Masukkan sawi. Dan siappp untuk dihidangkan.

5. PASTA VEGE MANIA

– Pasta-direbus

– Carrot

– Sawi/brocoli

– Capsicum

– Jagung

– Bawang merah

– Bawang putih

– Mirepoix

– Parsley flakes/mix herbs

– Isi ayam

CARA PENYEDIAAN: 

– Tumis bebawang hingga naik bau. Masukkan mirepoix.

– Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga sebati.

– Bila ayam dah masak,masukkan sayuran keras.

– Next masukkan pasta dan sawi. Gaul2 manja. Tabur parsley flakes dah siap. Sedap sangat ni

6. ASAM PEDAS IKAN

– Bawang merah

– Bawang putih

– Halia

– Serai

– Bunga kantan

– Daun kesum

– Tomato paste

– Air

CARA PENYEDIAAN:

– Bebawang dimayam. Kemudiam tumiskan hingga naik bau.

– Masukkan serai dan air sikit. Masukkan ikan dan tomato paste.

-Bila ikan dah masak masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masak hingga sedikit pekat. Siap

– Nak masukkan sayur terus pun boleh.

7. NASI GORENG KAMPUNG

– Bawang merah

– Bawang putih

– Ditumbuk kasar

– Ayam potong dadu

– Ikan bilis

– Carrot

– Sawi

– Daun sup

CARA PENYEDIAAN: 

– Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.

– Tumis bebawang hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam.

– Bila ayam dah masak,masukkan nasi lembik dan sayur mayur.

-Kalau anak dah pass telur, boleh masukkan telur skali dan gaul-gaul manja semuanya.

– Goreng hingga sebati. Tabur ikan bilis yang digoreng tadi. Dah siap

8. CREAMY CARBONARA

– Bawang holland

Bawang putih

– Dipotong dadu

– Ayam

– Cream cheese

– Fresh milk

– Brocoli & pasta

CARA PENYEDIAAN:

– Pasta direbus terlebih dahulu hingga masak.

– Tumis bebawang hingga naik bau. Masukkan ayam. Tunggu ayam masak.

– Masukkan cream cheese dan susu.

– Masukkan broccoli dan tabur parsley flakes sikit untuk bangkitkan bau. Nak guna parsley fresh lagi best.

– Masukkn pasta yang telah direbus. Gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.

9. PAPRIK AYAM

– Ayam

– Bawang merah

– Bawang putih

– Halia

– Serai

– Daun limau

– Brocoli

– Carrot

-Jagung

– Kurma

– Tomato paste

CARA PENYEDIAAN:

– Tumis bebawang hingga naik bau. Masukkan serai dan daun limau.

– Masukkan tomato paste dan kurma. Masak kejap hingga sedikit pekat. Buh ayam.

– Bila ayam dah masak, masukkan sayur mayur. Siap.

– Boleh la hidangkan dengan telur dadar

10. SUP AYAM

– Bawang putih-hiris halus

– Bunga lawang

– Kulit kayu manis

– Ayam

– Kentang

– Carrot

– Daun sup

CARA PENYEDIAAN:

– Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang hingga naik bau.

– Kemudian masukka ayam. Ayam dah kecut sikit masukkan air dan potato serta carrot.

– Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan daun sup. Tabur bawang goreng. Siap.

Sumber: Rina Azrina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×