Famili

10 K-Drama Dengan Plot Twist Yang Mengejutkan. ‘Recommended’!

10
SHARES
k drama plot twist

Saban hari, K-drama berjaya mengumpul lebih ramai peminat dengan sajian jalan cerita mantap serta lakonan dari barisan-barisan pelakon popular.

K-drama juga diminati ramai kerana ceritanya yang tak panjang berjela, hanya sekitar 16 ke 20 episod bagi setiap drama.

Tak kira apa genre k- drama yang digemari, biasanya plot twist dalam dramalah yang menjadikan cerita itu menarik untuk ditonton.

Plot twist yang tak dijangka dalam K-drama berjaya menarik perhatian penonton untuk kekal setia dengan K-drama tersebut sampai ke penghujungnya. Sampai kita pun kadang-kadang tak sabar menunggu episod seterusnya kan?

Terdapat banyak K-drama yang menyajikan jalan cerita menarik dengan plot twist yang mengejutkan.

Jom semak beberapa ‘recommended’ K-drama bagi penggemar yang sukakan kejutan plot twist!

10 K-Drama Dengan Plot Twist Yang Mengejutkan. Recommended!

1. Vincenzo

Antara K-drama tvN terkini yang berjaya menembusi 10 senarai terbaik dalam sejarah ialah Vincenzo yang baru saja menamatkan episod terakhir kira-kira 2-3 minggu yang lalu.

Setelah menyepikan diri dari industri hiburan, Song Joong Ki kembali sebagai Vincenzo iaitu penasihat dan orang kanan bagi kumpulan Mafia yang diketuai oleh Don Fabio.

Selepas berjaya menyelamatkan diri daripada Paolo, iaitu anak kepada Don Fabio, Vincenzo memulakan misi untuk mencuri emas tersembunyi di dalam gedung Mafia yang terletak di dalam kompleks Geumga-Dong.

Vincenzo berniat untuk menggunakan emas tersebut untuk kegunaan peribadi serta meninggalkan hidupnya sebagai mafia di Itali. Namun, niat Vincenzo terhalang dengan adanya Babel Group yang telah menuntut hak milik kompleks
tersebut.

Kini, Vincenzo perlu menggunakan kepakarannya untuk menuntut kembali kompleks tersebut termasuklah emas yang tersimpan di dalamnya.

Plot twist cerita ini bermula bila identiti ketua Babel terdedah. Nak tahu apa lagi plot twist dalam drama ini, anda perlulah tonton sehingga habis untuk ketahui nasib Vincenzo dan penghuni Geumga Plaza dalam cerita ini!

Baca juga: Unik & Jauh Dari Cliche, Ini 5 K-Drama Oleh Penulis Vincenzo, Park Jae Bum

2. Mouse

Antara ‘ongoing’ drama yang tak kurang hebatnya dalam menyajikan plot twist kepada penonton ialah “Mouse” yang dibintangi oleh Lee Seung-Gi dan Lee Hee-joon.

Kedua-dua pelakon popular ini cukup terkenal dalam membawakan karakter yang kompleks dengan berkesan.

Drama ini sangat sesuai buat penonton yang sukakan kejutan kerana plot twistnya yang cukup banyak.

Subjek utama drama ini ialah penemuan genetik ‘psychopath’ sejak bayi dalam kandungan.

Lee Seung-gi berperanan sebagai Jung Ba-reum iaitu seorang polis yang berhadapan dengan pembunuh bersiri
‘psychopath’ yang menggemparkan seluruh negara.

Lee Jee Hoon pula berperanan sebagai Go Moo Chi, iaitu detektif utama yang terlibat dalam kes pembunuh bersiri dan kemudiannya berpasangan dengan Jung Ba-reum dalam menyelesaikannya satu persatu.

Menurut peminat drama ‘Mouse’, memang banyak sangat plot twist sampai boleh pening kepala nak ingat satu-satu kes pembunuhan tu!

Yang pastinya, drama bergenre jenayah ini bakal memberi kejutan kepada penonton dengan adegan seram dan saspens yang membuatkan penonton tertunggu-tunggu episod seterusnya.

3. Tunnel

Drama ini terinspirasi daripada kisah benar mengenai kes pembunuhan bersiri Hwaseong yang pernah menggemparkan Korea suatu ketika dahulu.

“Tunnel” mengisahkan kes pembunuhan bersiri yang berlaku pada tahun 1986 yang disiasat oleh deketif bernama Park Gwang Ho.

Hingga satu ketika, Park Gwang Ho tiba-tiba mendapati dirinya berada pada tahun 2017 selepas melalui terowong ketika sedang mengejar penjenayah.

Pada tahun 2017, dia mendapati pembunuh bersiri tersebut masih bebas di luar sana.

Dia pun bekerjasama dengan Kim Sun Jae dan Shin Jae Yi. Konflik yang serius dan komedi yang bersahaja
membuatkan drama ini antara yang wajib ditonton!

4. The Penthouse

Dengan mendapat tempat ke-9 bagi musim pertama dan tempat ke-8 bagi musim kedua dalam ranking ‘Top 50 Drama Bersiri Korea Dengan Tontonan Tertinggi Dari Seluruh Dunia” The Penthouse merupakan antara K-drama yang menjadi fenomena di serata negara.

Drama ini mengisahkan golongan elit yang tinggal di Hera Palace.

Mereka mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah paling berprestij iaitu Cheong-Ah Arts School. Kesemuanya mempunyai cita-cita dan sanggup membuat apa sahaja untuk kejayaan anak-anak mereka.

Di samping itu, drama ini dihangatkan lagi dengan mengkaitkan semua karakter dalam dendam, cinta tiga segi, dan saling bersaing bagi mencapai keinginan masing-masing.

Memang banyak plot yang tak disangka dalam cerita ni, ada yang sampai buat kita geram dan tak sangka betul!

Namun, setiapnya dikupas dengan baik dan membuat penonton puas hati hingga ramai yang mahukan sambungan siri seterusnya.

5. Sky Castle

Sebelum “The Penthouse” popular, Sky Castle terlebih dahulu menambat hati para penggemar K- drama.

Sky Castle berjaya meraih tempat kedua dengan rating tertinggi dalam sejarah penyiaran drama di Korea serta berjaya meraih pelbagai anugerah.

Dengan tema yang lebih kurang sama seperti “The Penthouse”, Sky Castle mengisahkan para surirumah dari golongan elit yang sanggup melakukan apa sahaja supaya anak-anak mereka dapat belajar di universiti paling berprestij di Korea.

Dalam persaingan tersebut, kehidupan mereka juga saling berkait sehingga mencetuskan plot twist yang tak dijangka.

Sikap ibu bapa yang obses dalam pendidikan menerusi drama ini mendapat sambutan yang hangat kerana ia merupakan satu isu yang serius bagi masyarakat Korea yang sememangnya terkenal dengan sifat kompetitif.

6. The World Of The Married

Rasanya drama ni tak perlu diperkenalkan lagi. Dengan lakonan yang mantap sehingga boleh ‘menaikkan darah’, drama penuh plot twist ini berjaya meraih rating tertinggi mengalahkan semua K-Drama yang pernah disiarkan.

Drama yang mengetengahkan isu perkahwinan dan hubungan sulit yang begitu dekat dengan penonton menjadikannya begitu popular.

Ia mengisahkan tentang perkahwinan Ji Sun Woo dan Lee Tae Oh yang goyah apabila Lee Tae Oh mengadakan hubungan dengan perempuan lain.

Dari episod ke episod, jalan ceritanya yang bermain dengan emosi penonton semakin ‘panas’ membuatkan penonton tidak sabar untuk menunggu episod berikutnya.

7. Prison Playbook

Diterbitkan oleh kumpulan produksi drama Reply Series, kali ini mereka membawakan drama Prison Playbook yang berlatarbelakangkan kehidupan penjenayah di penjara.

Membawa genre dark comedy seperti juga Vincenzo, drama ini mengisahkan Kim Je Hyuk, seorang pemain baseball terkenal yang cuba menyesuaikan diri dalam kehidupan di penjara dengan banduan lain.

Beliau disabitkan kesalahan dan dimasukkan ke dalam penjara kerana menyelamatkan adiknya.

Walaupun membawa banyak plot twist, drama ini menggunakan penceritaan yang lebih ringan dengan menyelit humor dan elemen persahabatan dalam setiap episod.

Apa yang menariknya, drama ini bukan sahaja berpaksikan kepada pelakon utama, malah banduan serta pegawai penjara lain juga mempunyai kisah dan perjuangan masing-masing yang menarik hati penonton.

8. Chicago TypeWriter

“Chicago Tyewriter” bakal mengejutkan para penonton dengan plot twist yang disajikan pada hampir setiap episod sehingga sukar untuk dijangka. K-drama ini mengisahkan tentang penulis popular bernama Han Se Joo yang mengalami kebuntuan idea dalam menulis.

Pada waktu yang tertekan ini, dia bertemu dengan Jeon Seol yang meminati karya penulisannya, dan Yoo Jin Oh,
seorang ‘ghoswriter’ yang ingin membantu Han Se Joo dalam penulisannya.

Takdir dan kisah hidup tiga karakter ini saling berkait melebihi apa yang dijangka sehingga membawa mereka ke era
1930an.

Hubungan mereka bertiga yang penuh dengan misteri ini akan membawa penonton untuk turut serta dalam menjangka kaitan antara mereka pada masa lalu dan bagaimana mereka saling membantu pada masa sekarang.

9. Vagabond

Drama ‘Vagabond” wajib ditonton oleh penggemar drama yang penuh plot twist! “Vagabond” ialah drama aksi yang mengisahkan Cha Dal Geon iaitu seorang ‘stuntman’ hebat yang terlibat dalam konspirasi nahas kapal terbang.

Go Hae Ri pula ialah seorang anggota National Intelligent Service (NIS) di Maghribi. Ketika di Maghribi, Cha Dal Geon mula berasa curiga apabila mendapati hanya seorang lelaki yang terselamat dalam nahas kapal terbang.

Tak lama kemudian, Cha Dal Geon dan Go Hae RI mengetahui terdapat konspirasi besar di sebalik nahas kapal terbang serta berkait dengan pelbagai pihak atasan.

Anda pasti tak akan menyangka ‘ending’ bagi cerita ini! Dengarnya, Vagabond akan menemui semula peminat pada musim ke 2!

10. Tell Me What You Saw

Dengan barisan-barisan pelakon popular seperti Jang Hyuk dan Choi Soo Young (Girl’s Generation), drama “Tell Me What You Saw” berjaya memenangi hati peminat k-drama dengan elemen plot twist.

Kisah bermula dengan Oh Hyun Jae yang kehilangan tunangnya dalam sebuah pengeboman angkara pembunuh bersiri.

Dalam pada itu, Cha Soo Young yang merupakan seorang polis juga sedang menyiasat sebuah kes pembunuhan yang berkaitan dengan pengeboman tersebut.

Cha Soo Young juga mempunyai kebolehan memori yang sangat kuat sehingga boleh ingat pada perincian kecil
dalam menyiasat.

Mereka berdua bercadang untuk bekerjasama bagi mengungkap misteri dan menangkap pembunuh bersiri tersebut. Drama bergenre jenayah misteri ini menyajikan adegan pembunuhan yang cukup realisitik.

Anda mesti terkejut apabila dapat tahu identiti sebenar pembunuh misteri tersebut!

Bagi peminat K-drama terutamanya yang bergenre ‘psycological thriller’, dark comedy, jenayah, dan misteri, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti drama-drama ini.

Elemen plot twist dalam setiap drama di atas pasti akan membuatkan anda terkejut dan anda pasti tidak dapat menjangka kesudahannya.

Setiap drama juga punyai jalan cerita yang berbeza dan menarik membuatkan para penonton tak sabar untuk
lanjut ke episod seterusnya.

Ada lagi tambahan drama yang patut disenaraikan? Jom bincangkan di ruangan komen ok!

*Sumber :
https://www.hancinema.net/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×