Pilihan Editor

Unik & Jauh Dari Cliche, Ini 5 K-Drama Oleh Penulis Vincenzo, Park Jae Bum

284
SHARES

Episod terakhir Vincenzo telahpun berakhir semalam, di mana ia telah berjaya mencatat sejarah sebagai salah satu K-Drama dengan rating tertinggi di tvN.

Ramai yang sangat berpuas hati dengan olahan naskhah yang ditampilkan dalam K-Drama Vincenzo, selain jalan cerita yang sama sekali tidak cliche, sarat dengan mesej, plot twist dan isi yang menarik.

Jika anda perasan, ini adalah antara naskhah anti-hero atau dark hero yang sebenarnya mempunyai mesej yang ‘berat’, namun ditampilkan secara bersahaja dengan pembinaan karakter dan lakonlayar yang unik serta skrip yang mantap!

Salah seorang yang wajar diberi pujian adalah Park Jae Bum, iaitu orang yang bertanggungjawab menghasilkan skrip ini.

Sekiranya anda seorang peminat K-Drama, anda tentu amat mengenali Park Jae Bum sebagai seorang yang ‘master’ dalam bidang komedi gelap dan drama perubatan, dan Vincenzo adalah karya terbarunya.

Park Jae Bum amat kreatif dalam membuat penonton ketawa terbahak-bahak dengan lawak yang simbolik, namun karyanya disulami dengan pesanan dan sindiran tajam menjadikan kebanyakan karya beliau begitu menarik dan dinamik.

Baca juga: 11 K-Drama Dengan Rating Tertinggi & Mencetus Fenomena. Memang Best!

penulis vincenzo park jae bum

Oleh kerana ramai yang bersedih kerana Vincenzo telahpun melabuhkan tirai, kami kongsikan beberapa lagi karya Park Jae Bum yang boleh anda simpan dalam must-watch list dan mungkin anda belum tonton lagi.

1. The Good Doctor (2013)

Pelakon: Joo Won, Moon Chae Won, Joo Sang Wook, Cheon Ho Jin

Park Shi On adalah seorang autistik yang tidak memiliki kematangan mental dan empati, namun berjaya menamatkan pengajian perubatan dengan amat cemerlang.

Dedikasi dan kemahirannya yang luar biasa harus menjadikannya pakar pediatrik yang hebat, tetapi dia mempunyai banyak masalah ketika berurusan dengan atasannya dan pesakitnya kerana kekurangan kemahiran interpersonalnya.

The Good Doctor adalah drama K-pertama yang diadaptasi kepada siri remake di Amerika Syarikat!

Menurut Park Jae Bum, dia memerlukan lebih dari satu tahun untuk melakukan penyelidikan mengenai perubatan, dan enam bulan tambahan untuk mengkaji pesakit autisme.

Menarik kan?

the good doctor 2013

Lihat trailer di sini:

 

2. The Fiery Priest (2019)

Pelakon: Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Lee Ha Nee

Jika anda sukakan vibes lawak dan komedi dark hero ala Vincenzo, The Fiery Priest adalah antara naskhah Park Jae Bum yang patut anda tonton.

Kim Hae Il (Kim Nam Gil) ini merupakan seorang pastor Katolik yang panas baran dan hebat berlawan dengan penjahat, terutamanya mereka yang suka membuli orang lemah.

Sikapnya ini menjadikannya kadangkala tidak disenangi oleh segelintir penduduk. Namun, Kim Hae Il sebenarnya menyembunyikan masa lalu yang kelam.

Konflik terjadi apabila ketua pastor yang sangat dihormati meninggal dunia dan dipercayai dibunuh oleh penjahat.

Seperti Vincenzo, walaupun kedengaran sebagai tema yang berat, tetapi drama ini penuh komedi dan pasti membuat penonton tertawa.

3. The Good Manager / Chief Kim (2017)

Pelakon: Namgoong Min, Nam Sang Mi, 2PM’s Junho

Kim Sung Ryong adalah akauntan mahir yang bekerja untuk samseng.

Dia menyertai sebuah syarikat, TQ Group sebagai salah seorang pengurus di Jabatan Perakaunan dengan tujuan untuk menggelapkan wang dari syarikat itu.

Ketika bertengkar dengan akauntan Yoon Ha Kyung dan pihak atasan, Sung Ryong mendapati dirinya terlibat dalam politik pejabat dan memperhatikan orang-orang jahat lain yang berkuasa mengancam untuk menjatuhkan syarikat.

Sung Ryong perlahan-lahan menyedari bahawa dia lebih suka memerangi korupsi korporat dan memperjuangkan hak pekerja daripada menyelesaikan misi yang awalnya dia lakukan.

Mampukah dia berjaya pada objektif barunya?

4. Quiz Of God (Season 1-4)

Quiz of God @ God’s Quiz adalah drama penyiasatan jenayah perubatan / forensik pertama yang ditayangkan di Korea.

Siri ini mengisahkan pakar bedah saraf eksentrik dan doktor forensik Han Jin-woo dan pasukannya ketika mereka menyelesaikan kematian yang mencurigakan dan membongkar misteri yang melibatkan penyakit jarang dijumpai.

Judul itu merujuk kepada pepatah tempatan bahawa penyakit ini ibarat seperti kuiz yang Tuhan berikan kepada manusia agar tidak terlalu sombong.

Musim pertama siri ini mendapat sambutan hangat sehingga ia dilanjutkan kepada 4 siri kesemuanya.

5. Blood (2017)

Tetap membawa kelainan, siri K-Drama Blood mengisahkan seorang lelaki yang dilahirkan dengan penyakit genetik yang menjadikannya sikapnya seperti vampire yang dahagakan darah.

Menurut Netflix, drama ini berfokus pada pusat rawatan kanser terbaik di negara tersebut.

Konflik terjadi apabila dia memilih menjadi seorang doktor, namun terpaksa menahan keinginannya.

Berkonsepkan seperti Hyde, Jekyll & Me, drama ini mendapat mixed review daripada penonton. Ada yang sukakannya, namun ada juga yang mengkritik olahan Park Jae Bum yang satu ini.

Kalau nak tahu best ke tak, kenalah cuba tonton sendiri ok!

Inilah antara karya Park Jae Bum yang terkenal dengan dark comedy dan idea lakonlayar yang unik.

So, kalau anda suka sesuatu yang berbeza, lepas ni bolehlah cari K-drama ni untuk isi masa lapang kan?

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×