Pilihan Editor

11 K-Drama Dengan Rating Tertinggi & Mencetus Fenomena. Memang Best!

316
SHARES

Walaupun serata dunia dibadai pandemik, bahang K-Wave tidak pernah padam.

Drama-drama terbaru dan menarik masih disajikan kepada penggemarnya.

Tambahan pula dengan pergerakan yang terhad dalam tempoh PKP di negara kita, maka ramai memilih untuk meluangkan masa menonton K-drama yang best!

Memandangkan Vincenzo akan direhatkan seminggu (episod 17 ditayangkan pada 24 April), jom kita semak 11 K-Drama dengan rating tertinggi mengikut turutan untuk tontonan masa lapang.

11 K-Drama Dengan Rating Tertinggi & Mencetus Fenomena. Memang Best!

1. The World of The Married

Rasanya drama ni tak perlu diperkenalkan lagi.

Dengan lakonan yang mantap sehingga boleh menaikkan darah, drama penuh plot twist ini berjaya meraih rating tertinggi mengalahkan semua K-Drama yang pernah disiarkan.

Drama yang mengetengahkan isu perkahwinan dan hubungan sulit yang begitu dekat dengan penonton menjadikannya begitu popular.

Ia mengisahkan tentang perkahwinan Ji Sun Woo dan Lee Tae Oh yang goyah apabila Lee Tae Oh mengadakan hubungan dengan perempuan lain.

Dari episod ke episod, jalan ceritanya yang bermain dengan emosi penonton semakin panas membuatkan penonton tidak sabar untuk menunggu episod berikutnya.

2. Sky Castle

K-drama yang best

Drama ini berlatarkbelakangkan isu yang jarang dibawakan di dalam drama iaitu pendidikan.

Ia mengisahkan para ibu dari golongan elit yang sanggup melakukan apa sahaja demi membolehkan anaknya masuk ke universiti paling berprestij di Korea.

Walaupun jarang diketengahkan, isu ini adalah serius bagi masyarakat Korea yang sering berlumba-lumba dan terlalu obses dalam memberikan pendidikan nombor satu untuk anak masing-masing.

3. Crash Landing On You

Bila drama ini diumumkan kepada orang ramai, netizen pada mulanya meragui kehebatan drama ini yang diawali dengan kisah Yoon Se Ri dari Korea Selatan yang mendarat di Korea Utara akibat kemalangan semasa paragliding.

Lama-kelamaan, drama ini menjadi antara yang paling ditonton pada dua bulan pertama 2020 dengan lakonan hebat dan ‘chemistry’ mantap Hyun Bin dan Son Ye Jin.

Drama ini menggabungkan pelbagai genre termasuk aksi, cinta, dan melodrama.

4. Reply 1988

Tidak seperti k-drama lain yang penuh kisah cinta dan konflik dalam hubungan, drama Reply 1988 ini meraih peminatnya sendiri dengan berlatarbelakangkan kejiranan dalam kehidupan seharian yang realistik.

Bertemakan kehidupan zaman 80an, ia mengisahkan tentang lima sekawan yang tinggal di kejiranan yang sama di samping mengetengahkan unsur-unsur yang dekat dengan kita seperti kekeluargaan dan persahabatan.

Drama ini menjadi antara ‘mesti tonton’ dan membawa penonton ke memori indah zaman 80an.

5. Goblin

Goblin merupakan antara drama yang menjadi fenomena di Korea dan mendapat tontonan tertinggi di serata negara.

Ia mengisahkan tentang Kim Shin yang disumpah dengan kehidupan abadi.

Dia perlu berkahwin dengan manusia biasa yang boleh mengakhiri kehidupannya yang sudah menjangkau lebih 900 tahun.

Jalan cerita yang padat dengan gabungan CGI yang realisitk menjadikan drama ini begitu popular.

Drama ini juga mendapat pujian bagi lakonan dan chemistry mantap oleh pelakon hebat seperti Gong Yoo, Lee Dong Wook, Kim Go Eun dan Yoo In Na.

6. Mr Sunshine

Kdrama netflix

Mr Sunshine ialah antara drama Netflix Original yang paling ditonton.

Ia mendapat tempat di hati peminat yang rata-rata memuji plot cerita yang kaya dengan unsur sejarah dan karakter wanita utama yang kuat.

Latar belakang cerita yang membawa penonton pada zaman sebelum penaklukan Jepun di Korea sangat jarang dibawakan sebelum ini menjadikan drama ini lain daripada lain.

Ia mengisahkan seorang lelaki yang melarikan diri ke Amerika dan menyertai askar marin.

Sebuah misi kemudian membawanya kembali ke Joseon.

Dia kemudiannya bertemu dengan anak golongan bangsawan dan mula jatuh hati padanya.

Pada masa yang sama, dia masih dalam misi untuk menemukan rancangan Empayar Jepun yang mahu menakluk Korea.

7. Itaewon Class

Drama Itaewon Class memecah rekod dengan drama adaptasi webtoon dengan tontonan tertinggi.

Itaweon Class menceritakan jatuh bangunnya perniagaan restoran di daerah Itaewon yang terkenal dengan lambakan restoran dan bar yang popular.

Drama menjadi semakin rancak dengan kehadiran ‘influencer’ media sosial, Jo Yi Seo sebagai pengurus restoran.

Dengan kepakaran media sosial, mereka kini dapat bersaing dengan restoran lain.

8. Hospital Playlist

Hospital Playlist bukanlah drama perubatan tipikal seperti Grey’s Anatomy atau House malah drama ini menyuntik elemen yang lebih dekat dengan penggemar k-drama iaitu persahabatan.

Ia mengisahkan tentang lima sahabat yang berkongsi hidup sejak zaman kuliah sehingga bekerja.

Di samping bekerja di profesion yang sama, mereka juga berkongsi minat yang sama iaitu muzik sehingga menubuhkan band muzik sendiri.

Drama ini berjaya mencuri hati penonton dan sambutannya yang begitu hangat bakal membuahkan musim kedua tak lama lagi!

9. 100 Days My Prince

K-drama yang best

Drama ‘historical’ ini berkisahkan seorang putera Joseon yang hilang ingatan bertukar menjadi rakyat biasa dan menemukan seorang wanita pintar dan kemudian menjadikannya sebagai isteri kerana undang-undang yang dibuatnya sendiri ketika dia menjadi putera.

Kebahagiaan pasangan ini diganggu apabila memori putera kembali dan membuatnya perlu kembali hidup di istana.

Drama ini diminati ramai kerana walaupun ia adalah ‘historical’ drama, namun ia jauh daripada membosankan dengan terdapat gabungan genre seperti aksi, misteri, dan komedi dan cinta yang begitu berkesan dalam setiap plot.

10. Hotel Del Luna

K-drama yang best

Satu lagi drama bergenre fantasi, Hotel Del Luna merupakan antara drama paling popular dan masih dibicarakan sehingga sekarang.

Konsepnya sangat terperinci dan penggunaan CGI di drama ini juga cukup mengagumkan.

Drama ini berkisahkan Jang Man Wol yang disumpah untuk hidup beribu-ribu tahun dan menjaga hotel khas sebagai tempat persinggahan untuk roh yang sudah mati.

Kehadiran Goo Chan Seong sebagai pengurus hotel berjaya melenturkan sifat Jang Man Wol yang keras kepala di samping mengungkap masa lalunya yang buruk.

11. Signal

Signal kdrama

Signal ialah antara drama yang paling terkesan pada hati peminat kerana unsur misteri dan ‘thrill’ yang mempesonakan sesiapa sahaja yang menonton.

Drama berkonsepkan time-travel ini mengisahkan tentang detektif yang menyelesaikan kes dengan bantuan dektektif dari masa lalu melalui walkie-talkie misteri sebagai perantara.

Drama bersiri ini mendapat pujian pengkritik filem di atas plot dan lakonan yang hebat serta jalan cerita yang cukup menarik.

Baca juga: 8 Drama Korea Yang Memberi Inspirasi Kepada Wanita. Mesti Tonton!

Di Mana Nak Tengok?

Kebanyakan drama yang tersenarai di atas ini boleh ditonton di Netflix. 

Manakala portal online streaming seperti Hulu juga menawarkan banyak pilihan K-Drama untuk tontonan ramai.

K-drama dengan berbagai genre mudah melekat pada hati peminat kerana menawarkan genre yang begitu meluas dari fantasi, misteri sehinggalah ke drama berunsur sejarah.

Setiap drama juga punyai jalan cerita yang berbeza dan menarik membuatkan para penonton tak sabar untuk lanjutkan episod seterusnya.

Jom luangkan masa dengan yang tersayang di rumah dengan menonton K-drama!

SUMBER:

  • https://screenrant.com/highest-rated-k-dramas-tv-ranked-nielsen-ratings/
  • https://www.kdramapal.com/highest-rated-korean-dramas-cable-all-time/
  • https://www.preview.ph/culture/top-20-highest-rating-korean-dramas-a00268-20200519-lfrm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×