Pra-Hamil

7 Perkara Yang Anda Ingin Tahu Tentang Rawatan IVF Di Malaysia

583
SHARES

“Dah 5 tahun aku menunggu nak dapatkan zuriat, tapi masih belum ada tanda langsung nak mengandung. Bagaimana buat rawatan IVF di Malaysia? Sesuaikah dengan aku? Bagaimana caranya? Berapa kosnya?”

Penantian seorang cahaya mata bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya bagi pasangan yang telah lama mencuba. Setelah bertahun-tahun menunggu, tentu ramai yang akan mencari alternatif bagi meningkatkan harapan untuk hamil.

cara nak cepat hamil

Foto Kredit: zakonsketezave.net

7 Perkara Yang Anda Ingin Tahu Tentang Rawatan IVF Di Malaysia

Berikut adalah antara info tentang rawatan IVF di Malaysia.

1. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Rawatan IVF?

IVF bermaksud in vitro fertilization, iaitu sebuah proses di mana telur akan disenyawakan di luar rahim, iaitu di dalam makmal. ‘In vitro’ merujuk kepada bekas kaca yang digunakan untuk proses persenyawaan telur yang diambil daripada ovari dan sperma daripada lelaki.

Pada suatu masa dahulu, teknologi diberi gelaran ‘bayi tabung uji’.

Proses berteknologi yang mula mencatat kejayaan pertama di dunia pada 1978 ini telah dibawa ke Malaysia dan menghasilkan kejayaan dengan kelahiran ribuan bayi hingga kini.

rawatan ivf di malaysia

Foto Kredit: bbc.co.uk

2. Bagaimana Rawatan IVF Membantu Kesuburan?

IVF boleh memberi peluang yang lebih tinggi kepada wanita untuk mengandung jika anda mengalami masalah-masalah berkaitan kesuburan, terutamanya pada bahagian Tiub Fallopio – di mana proses persenyawaan berlaku secara semulajadi.

Rawatan IVF di Malaysia amat disyorkan bagi pasangan yang mengalami keadaan seperti berikut:

  • Wanita yang mempunyai masalah Tiub Fallopio yang tersumbat atau bermasalah fibroid, PCOS, ataupun endometriosis.
  • Lelaki yang mengalami masalah pada sperma
  • Pernah mengambil ubat-ubatan kesuburan seperti clomephine
  • Pernah melakukan rawatan kesuburan permanian beradas atau IUI (intra uterine insemination) sebanyak 3-4 kali tetapi gagal
  •  Masih tidak dapat hamil selepas 2 tahun dan puncanya masih belum dapat dikenalpasti

3. Prosedur Rawatan IVF

Melalui kaedah rawatan IVF, sperma dan ovum pasangan suami isteri terlebih dahulu dikeluarkan dan disenyawakan di luar. Anda dan suami boleh menjangka akan meluangkan masa kira-kira setengah hari di klinik untuk prosedur pengeluaran telur dan persenyawaan.

Selepas dua atau tiga hari iaitu setelah embrio terbentuk, ia akan dimasukkan semula ke dalam rahim ibu semasa waktu subur. Jika berjaya, embrio akan berkembang dan melalui kaedah kehamilan seperti biasa.

Ringkasnya, satu kitaran IVF akan memakan tempoh 4 minggu hingga 6 minggu.

Untuk meningkatkan peratusan keberhasilan, kini teknologi ICSI (Intracytoplasmic Sperm Injection) yang lebih canggih turut ditawarkan di mana ia lebih sesuai bagi lelaki yang tidak mengeluarkan banyak sperma hidup.

Foto Kredit: foxnews.com

Foto Kredit: foxnews.com

4. Di Mana Boleh Dapatkan Rawatan IVF Di Malaysia?

Menurut Dr Murizah Mohd Zain, setakat tahun 2015 terdapat lebih kurang 35 premis yang mengendalikan perkhidmatan IVF.

Dari jumlah ini, 31 berada di sektor swasta dan bakinya adalah hospital kerajaan. Antara hospital swasta yang terkenal adalah Metro Fertility, KL Fertility Centre, Sun Fert, dan Tropicana Medical Centre.

4 buah hospital yg menawarkan perkhidmatan IVF di sektor kerajaan adalah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Likas, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Selain itu, rawatan IVF di Malaysia boleh didapati di klinik LPPKN dan hospital universiti seperti PPUM, HUSM atau HUKM.

Foto Kredit: thesundaily.com

Foto Kredit: thesundaily.com

5. Kos Rawatan IVF Di Malaysia

Kos di hospital kerajaan adalah rendah berbanding di perkhidmatan swasta kerana pihak kerajaan telah memberi subsidi ubat ubatan. Kos di hospital kerajaan adalah sekitar RM 5,000 (anggaran minima).

Walaubagaimanapun pesakit terpaksa menunggu giliran kerana kes rujukan yang banyak. Sebagai contoh, purata waktu menunggu di Hospital Sultanah Bahiyah adalah setahun.

Sungguhpun rawatan IVF di hospital kerajaan adalah terhad, namun pemeriksaan kesuburan dan rawatan permanian beradas (IUI) disediakan di hampir setiap hospital besar negeri masing-masing.

Bagi hospital swasta pula, kosnya sekitar RM 10,000 hingga RM 20,000.

Foto Kredit: genitoripiu.it

Foto Kredit: genitoripiu.it

6. Peratus Kejayaan IVF

Peratus kejayaan IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti usia wanita, jenis masalah kesuburan, atau makmal/pusat di mana IVF dilakukan.

Menurut Dr Murizah lagi, pada seorang wanita muda dalam 30 an peratus kejayaan IVF boleh menghampiri 50% manakala untuk wanita berusia 40 dan ke atas peratusnya mungkin hanya 10% sahaja. Jika anda pernah melahirkan anak sebelum ini, peratusan kejayaan anda juga adalah lebih tinggi.

Namun, BabyCenter mencadangkan beberapa cara untuk anda meningkatkan keberkesanan rawatan IVF ini antaranya:

  • Mencapai BMI yang ideal
  • Menghentikan pengambilan alkohol dan rokok (termasuklah suami anda)
  • Mengurangkan pengambilan kafein
Kira Waktu Subur Wanita Supaya Cepat Hamil

Foto Kredit: huffingtonpost.com

7. Adakah Rawatan IVF Berisiko?

Bayi-bayi yang dilahirkan melalui kaedah IUI, IVF atau ICSI tidak menghadapi apa-apa masalah kesihatan kerana hanya ovum dan sperma disenyawakan di luar tetapi proses pembesaran berjalan seperti biasa di dalam rahim ibunya.

Namun, mungkin terdapat sedikit komplikasi bagi wanita yang menjalani rawatan tersebut.

Contohnya, kesan sampingan daripada ubat kesuburan atau ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS) yang menyebabkan anda rasa mual, loya, pening, dan panas badan.

Selain itu, rawatan IVF biasanya akan meningkatkan potensi kehamilan kembar atau kehamilan luar rahim. Namun, anda tidak perlu risau kerana anda akan dipantau dengan teliti oleh doktor anda.

tanda kehamilan kembar

Foto Kredit: momjunction.com

Ingin Kongsikan Pandangan Dan Pengalaman?

Di sini kami kongsikan beberapa pengalaman dari forum online dan juga pautan blog yang mencatatkan kisah perjalanan IVF mereka.

Jika anda pernah menjalani rawatan IVF di Malaysia, anda juga boleh kongsikannya dengan kami. Sudah tentu ia akan bermanfaat bagi pasangan-pasangan yang sedang mencuba untuk hamil.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×