Melaka

Zoo Melaka Tawar Promosi Harga Tiket Serendah RM5, Ada Night Safari & Bagi Haiwan Makan!

1K
SHARES

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, sudah banyak sektor ekonomi yang telah dibuka termasuk juga sektor perlancongan. Buat anda yang ingin membawa anak-anak pergi berjalan-jalan tetapi tidak mahukan perjalanan yang jauh, melawat zoo merupakan pilihan yang terbaik. Bukan sahaja dapat meluangkan masa bersama anak-anak, malah mereka juga akan terdedah dengan pengetahuan mengenai haiwan setelah hampir 4 bulan ‘terperangkap’ di dalam rumah.

PROMOSI MASUK ZOO MELAKA RM 10 JE?

Oleh itu, berita baik untuk warga Melaka kerana anda boleh melawat Zoo Melaka dengan harga tiket serendah RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa sehingga 30 Ogos 2020!

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi Zoo Melaka ! Promosi ini sah sehingga 31 Ogos 2020. Pembelian tiket hanya di kaunter Zoo Melaka sahaja ! Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan.

Jangan lupa untuk kerap cuci tangan, jaga jarak sosial & patuh SOP yang telah disediakan semasa anda berada di Zoo Melaka ! Jumpa anda di zoo!

Bukan sahaja tertumpu kepada operasi waktu siang, Zoo Melaka juga menawarkan ekplorasi Night Safari bagi anda yang ingin membawa anak seolah-olah seperti berada di dalam hutan pada waktu malam. Boleh tengok banyak haiwan yang berjaga pada waktu malam.

Apa lagi? Jom pergi Zoo Melaka hujung minggu ini!

Waktu operasi

-Day Zoo

Setiap hari dari pukul 8.30am hingga 5.30pm (ltiket terakhir dijual pada pukul 5.00pm)

-Night Safari

Jumaat dan Sabtu malam, cuti am dan cuti sekolah dari jam 8.00pm hingga 11.00pm. Tiket terakhir dijual pada pukul 10.30pm.

Sumber: Zoo Melaka & Taman Burung

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×