Percutian

Zoo Melaka Tawar Harga ‘Durian Runtuh’ Sepanjang PKPP, Kanak-kanak Boleh Masuk

69
SHARES
zoo melaka dibuka semula

Berita baik bagi ibu bapa yang dah lama tak bawa anak keluar jalan-jalan sepanjang tempoh PKP dan PKPB! Maklumlah walaupun kebanyakan tempat dah dibuka, namun banyak premis yang masih belum membenarkan kanak-kanak masuk.

Namun mulai hari ini (10 Jun 2020), seramai 500 orang akan dibenarkan mengunjungi Zoo Melaka pada setiap sesi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini.

Pembukaan ini selari dengan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersetuju membenarkan semua zoo beroperasi sepanjang tempoh PKPP iaitu mulai 10 Jun 2020.

Waktu Lawatan Dibahagikan Kepada 2 Sesi

Selain meminimakan jumlah pengunjung, waktu lawatan juga telah disusun mengikut jadual iaitu sesi pagi dan petang manakala waktu tengah hari ia akan ditutup selama 2 jam bagi tujuan pembersihan, sanitasi dan nyahkuman.

Pengunjung boleh membuat lawatan pada 2 sesi berikut:

  • Sesi pertama dari 8.30 pagi hingga 12 tengah hari (tiket terakhir dijual pada jam 12 tengah hari)
  • Sesi kedua dari 2 petang hingga 5 petang (tiket terakhir dijual pada jam 5 petang)

Harga Tiket ‘Durian Runtuh’ Sepanjang Tempoh PKPP

Bagi pembelian tiket, hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan beratur namun kesemua maklumat nama dan nombor telefon ahli keluarga perlu dimasukkan ke dalam rekod pengesanan pelanggan yang diletakkan di kaunter Zoo.

Sepanjang tempoh PKPP, Zoo Melaka menawarkan harga ‘durian runtuh’ kepada orang ramai iaitu RM10 untuk dewasa, manakala RM5 untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Pelbagai Aktiviti Telah Dirancang Mengikut SOP

“Macam-macam yang kita rancangkan termasuk mewujudkan ‘petting zone’, sesi bergambar dengan haiwan, pemberian makanan secara percuma kepada haiwan, bertemu maskot pada hujung minggu dan banyak lagi,” kata Pengarah Zoo Melaka dan Taman Burung, Zanariah Khamis.

Menurutnya, setakat ini melalui ‘Tabung Sumbangan Zoo Melaka’ yang dilancarkan April lalu, Zoo Melaka berjaya mengumpul dana berjumlah RM94,000, manakala sumbangan makanan yang diterima bernilai RM250,000.

Wah, seronoklah ibu bapa bolehlah bawa anak pergi Zoo Melaka nanti. Tapi pastikan jaga jarak dan sentiasa utamakan kebersihan ya!

*Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook Rasmi Zoo Melaka di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×