Famili

YES Tawar 40GB Internet Percuma Untuk Kumpulan B40! Cara Nak Dapat Pun Mudah!

788
SHARES

Pandemik yang melanda dunia bermula Mac tahun lepas memaksa sebahagian besar dari kita untuk bekerja dari rumah. Dan antara cabaran terbesar bekerja atau belajar dari rumah ialah ketiadaan internet. Meskipun ada internet dirumah, ia tidak cukup untuk menampung kesemua connection pada masa yang sama.

Antara golongan yang paling terkesan dengan masalah inilah golongan B40. Malahan, selepas PKP ditarik semula dan ekonomi kembali buka pun, sesetengah golongan B40 masih lagi dengan masalah yang sama akibat dari kehilangan kerja dan perniagaan yang agak perlahan.

Sedar akan masalah itu, YES mulakan inisiatif YES Kasi Up B40 ni untuk membantu kumpulan B40 dengan berikan 40GB data percuma kepada setiap ahli yang dah mendaftar sebagai ahli kumpulan B40. Jangan risau sebab cara nak dapatkan data percuma ni mudah je!

Dapatkan 40GB data percuma dengan YES Kasi Up B40! Secara online je!

Sesiapa yang berada didalam kumpulan B40 hanya perlu mengisi butir peribadi mereka di website mereka atau anda boleh klik disini!

Butir inilah yang akan digunakan oleh pihak YES untuk mengesahkan jika anda berada dalam golongan B40 dan kemudian mereka akan hantar simcard tersebut terus ke rumah. Jangan risau, kos penghantaran tersebut juga percuma!

Mudah kan? Tak perlu bersusah payah untuk keluar. Duduk dirumah dan tunggu je simcard sampai.

YES memang menitikberatkan keperluan pengguna sebab tu YES selalu menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik untuk semua warga Malaysia.

YES Kasi Up B40 merupakan inisiatif YES yang kelima!

Ini bukan pertama kali YES menawarkan sesuatu yang gempak macam ni! Sebelum ni, ada YES Databack, YES Kasi Up Prepaid 15 dan YES Kasi Up Postpaid 49.

YES juga pernah memperkenalkan YES Kasi Up Refer& Earn yang memberi peluang kepada pelanggan menjana pendapatan tambahan dengan memberikan wang tunai RM50 setiap kali mereka merujukkan YES kepada rakan atau ahli keluarga.

Walaupun ekonomi kembali bernafas, rakyat masih lagi terbeban dengan masalah-masalah seperti kemerosotan pendapatan dan kelembapan aktiviti perniagaan. Jadi, YES hadir memainkan peranan untuk merapatkan jurang digital!

Akses internet merupakan antara perkara yang paling penting sekarang. Dengan akses internet, pelajar dapat belajar online, bekerja dari rumah, mengembangkan perniagaan dan membeli-belah barangan keperluan harian dengan lebih mudah!

Inisiatif YES Kasi UP B40 ni memberi peluang kepada golongan B40 untuk meneruskan kelangsungan hidup.

YES juga memulakan inisiatif program berimpak tinggi ‘Belajar dari Rumah’ setahun lalu!

Kalau anda nak tahu program ni menyediakan 40GB data percuma kepada murid-murid di sekolah kerajaan dan telefon percuma untuk pelajar-pelajar B40 tahun lalu. Seramai 450,000 kanak-kanak di Malaysia telah dibantu dari sejak itu.

Inisiatif ‘Belajar Dari Rumah’ ni merupakan kolaborasi bersama Yayasan YTL dan juga YES yang bertujuan untuk memastikan setiap pelajar sekolah di Malaysia boleh terus belajar meskipun negara berada dalam lockdown ketika pandemik Covid-19 berlaku.

Inisiatif YES Kasi Up B40 ni merupakan kesinambungan daripada insiaitf ‘Belajar Dari Rumah’ ni lah! Dengan cara ini, setiap lapisan boleh dibantu untuk meneruskan hidup mereka disaat-saat memerlukan ini.

Jadi, jangan lupa untuk rebut peluang ini dan daftar sekarang untuk menikmati data percuma dari YES ni! Maklumat lanjut anda boleh klik dekat sini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×