Rakyat

Warga Emas Ditendang Gara-Gara Bagi RM10, – ‘Baik Buruk Dia Tetap Anak Makcik’

407
SHARES

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman video memaparkan pasangan warga emas ditendang dan dipukul oleh seorang lelaki berusia 29 tahun. Kejadian tersebut berlaku pada 8.30 pagi di pekarangan rumah mereka di Kampung Ruat, Yan. Suspek yang memiliki kad orang kurang upaya (OKU) pesakit mental ditahan polis pada 6.45 petang.

Baca juga: Anak Didakwa Tembak Ayah Gara-Gara Salah Beli Kepak Ayam

WARGA EMAS DITENDANG GARA-GARA BAGI RM10

Menurut laporan Harian Metro, kedua-dua mereka berharap agar anaknya itu dihukum penjara serta mendapatkan rawatan kerana perbuatannya boleh mengancam nyawa mereka.

Kejadian tersebut telah menyebabkan Nordin Ahmad, 72, cedera di telinga dan tangan kiri selepas dipukul serta ditendang anak tirinya kerana tidak memberikan wang untuk membeli dadah.

“Walaupun dia (anak) buat pada kami, baik buruk…dia tetap anak mak cik,” kata Salmiah Man, 66, isteri kepada warga emas yang dipukul dan ditendang anak tirinya semalam.

“Dia selalu balik sini… mak cik bagi dia makan dan selalu dia mintak duit. Kadang-kadang sampai RM50 tetapi semalam pak cik minta bagi RM10 sahaja sebab nak berjimat menyebabkannya terus berang dan mengamuk.

“Dia masuk ke dalam rumah untuk ambil surat OKU mental dia sebelum keluar dan tendang pak cik dari belakang”, jelas Nordin.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, suspek kini direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.

Shahnaz berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×