Rakyat

Wanita Nyaris Dirogol Selepas Bersenam Di Kawasan Laluan Joging

14
SHARES

Terbaharu, polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai berusia 30-an bagi membantu siasatan kes cubaan merogol seorang wanita di laluan pejalan kaki di Taman Tasik Kubang Gajah, Temerloh, Pahang Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa berusia 27 tahun tersebut baharu sahaja selesai bersenam di kawasan itu.

Baca juga: ‘Tak Semua Demam Kena Makan Antibiotik..’-Doktor Jelas Kenapa Antibiotik Tidak Diberi Semasa Rawatan

WANITA NYARIS DIROGOL SELEPAS BERSENAM, POLIS SEDANG KESAN LELAKI USIA 30-AN

Katanya, tiba-tiba wanita itu didatangi seorang lelaki yang memakai pelitup muka yang cuba merogol mangsa. Polis sedang kesan lelaki seperti fotofit di bawah.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Mohd Azhar berkata berdasarkan hasil siasatan, polis berjaya membuat lakaran suspek, yang dipercayai berusia 30-an dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter dan berkulit gelap.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa menjalankan aktiviti riadah terutamanya di tempat sunyi selepas lewat petang.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×