Kini Trending

Wanita Dirogol 6 Lelaki Di Hadapan Suami & Anak Ketika Pulang Dari Kebun

71
SHARES

Seorang wanita berusia 26 tahun berdepan detik hitam apabila dia didakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki. Lebih mengejutkan apabila suspek tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di hadapan suami dan anak-anak mangsa. Kejam!

Baca juga: Gara-Gara Hajat Ingin Hamil Anak Kembar Tak Dipenuhi, Wanita Bakar Hospital!

WANITA DIROGOL 6 LELAKI DI HADAPAN SUAMI & ANAK

Gambar hiasan.

Memetik laporan India Today, insiden yang sangat keji itu dipercayai berlaku semasa mangsa, suami dan dua orang anaknya dalam perjalanan pulang dari kebun ke rumah yang terletak di daerah Dholpur, Rajasthan, India. Namun siapa sangka, di pertengahan jalan, mereka ditahan oleh enam orang lelaki yang datang membawa senjata api. Tidak terhenti di situ, suspek turut menyerang dan memukul suami mangsa menggunakan pistol.

Keenam-enam suspek kemudian bertindak merogol mangsa di tempat kejadian sambil disaksikan oleh suami dan anak-anak mangsa. Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, kesemua suspek melarikan diri. Susulan daripada insiden yang berlaku, mangsa telah tampil membuat laporan di balai polis.

Dua daripada enam suspek didakwa memperkosa wanita itu di hadapan suami dan anak-anaknya. Selepas melakukan jenayah itu, kesemua suspek melarikan diri.

Pihak polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat atas kesalahan merogol dan serangan fizikal.

Sumber: IndiaToday

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×