Didik

Walker Bayi- Lebih Banyak Keburukan Atau Lebih Banyak Kebaikan? Ini Jawapannya

924
reads

WALKER. BAIK ATAU BURUK?

“Adik beradik aku 5 orang semua guna walker masa baby. Sihat membesar dan jadi orang je bila dah besar”.

Baru-baru ini viral tentang post tentang walker. Statement di atas banyak terdapat di ruangan komen, kebanyakan membantah kenyataan post tersebut. Kerana penggunaan walker dah jadi kebiasaan di negara kita. Kalau buka dan kaji kajian dari luar negara memang tak ada 1 pun yang menyokong penggunaan walker, kebanyakannya “banned” penggunaan walker disebabkan faktor keselamatan (kes terbakar, fracture, kecacatan dan kematian) dan masalah lambat perkembangan fizikal serta mental.

www.lelong.com.my

Sehinggakan walker memang sudah di “banned” di negara Canada sejak tahun 2004, denda sehingga 100 000$ jika memiliki, menjual atau membeli walker selepas 1 kajian berkaitan ini berlangsung selama 2 tahun. Hasil kajian mendapati terdapat 436 kes di Canada melibatkan kanak-kanak bawah 2 tahun disebabkan walker. Kalau nak list keburukan walker, terlalu banyak kajian dah dibuat berdasarkan ini. Tetapi 3 area yang menjadi perhatian saya sebagai occupational therapist iaitu:

1. Perkembangan motor kasar dan halus.

http://www.mothercare.com.sg/

Walker menyebabkan fasa merangkak anak tak lama (boleh refer post ANAK SKIP MERANGKAK). Fasa merangkak memang sangat penting dalam perkembangan motor kasar. Ada 1 kajian berkaitan ini, hasilnya walker terbukti memang melambatkan perkembangan motor kasar selama 3 hari setiap kali 24 jam jumlah penggunaannya. Tapi ada ke mak ayah beri anak pakai 24 jam walker kan?

Kajian lain berkaitan ini juga ada dilakukan pada tahun 1990 (Journal of Developmental and Behavioral Pediatrics), mengatakan bayi yang menggunakan walker terbukti lambat perkembangan motor kasar (duduk, merangkak, berjalan) dari bayi yang tidak menggunakannya disebabkan bayi tidak dapat lihat kaki sendiri semasa fasa merangkak dan berjalan yang penting untuk memberi “visual feedback” pada otak. Kesannya, perkembangan fizikal dan otak bayi terganggu.

2. Perkembangan mental.

http://www.hbci.com/

Bayi yang menggunakan walker terbukti lambat dari segi perkembangan mental kerana mendapat skor yang rendah daripada yang sepatutnya dengan menggunakan standardized assessment (Bayley scales of mental and motor development).

3. Kecederaan.

sg.theasianparent.com

Pada 2003, 3000 kes kecederaan kanak-kanak disebabkan walker di Amerika. Kalau nak list keburukan memang banyak sangat artikel dan jurnal berkaitan ini. Pendapat saya, apa-apa benda atau makanan pun kalau kita makan atau guna berlebihan boleh cepat rosak atau memudaratkan. Semua benda pun kalau ikutkan TIDAK SELAMAT untuk bayi, benda kecil boleh buat anak tercekik, benda besar tak mustahil boleh pecah buat anak tercekik juga. Selembut-lembut bantal pun bahaya boleh buat anak lemas dan sebagainya.

Jadi dalam isu ini, saya tidak menghalang mahupun menyokong penggunaan walker sebab saya dan adik beradik pun pengguna walker masa bayi sebab adik beradik ramai dan ia memudahkan mak saya. Cuma pada saya, kalau mak ayah nak guna haruslah berpada-pada. Pastikan anak CUKUP UMUR sebelum dapat “lesen” bawa walker ok? Macam mana nak tahu anak “qualified”?

MACAM MANA NAK TAHU ANAK DAH ‘QUALIFIED’

1. Umur minimum adalah 4 bulan, maksimum 16 bulan. Kalau bawah 4 bulan, BIG NO NO ya. Kalau bayi pramatang, kira umur dari tarikh due date sebenar.

2. Pastikan otot leher anak dah cukup kuat untuk angkat kepala (apabila diangkat, kepala tidak terjatuh). – Nak kuat cepat, banyakkan “tummy time” seawal baru lepas lahir.

http://mumsgrapevine.com.au/

3. Pastikan kaki dah boleh menjejak lantai dan dan boleh menampung berat badan dengan kaki. (Selalunya apabila anak dah pandai meniarap dan pusing kembali ke posisi baring).

4. Buang walker selepas anak pandai berjalan.

Pastikan anak cukup kriteria di atas baru beri walker, kalau umur 6 bulan tapi kepala dan otot belakang belum kuat jangan beri dahulu kerana akan melambatkan lagi perkembangan fizikal anak boleh menyebabkan masalah di masa akan datang.

Yang penting jangan samakan “dulu-dulu” dengan sekarang, “dulu-dulu” kita setiap petang pergi taman panjat sana sini tak ada siapa halang jadi kalau ada terlewat perkembangan mental atau fizikal pun tak memberi kesan yang banyak sebab dah topup dengan bermain di taman setiap petang. Zaman sekarang, zaman teknologi dan zaman ibu bapa overprotective dan paranoid nak bawa anak ke taman sebab banyak kes jenayah. Sebab itu tak boleh terlalu bandingkan zaman dulu dengan sekarang, melainkan persekitaran anak sekarang sama dengan dulu-dulu.

sweetbakesandbabycakes.com

Walker ok cuma kena…

1. Pastikan tiada wayar atau barang yang bahaya yang boleh anak capai. Otak bayi laju, ada sahaja yang nak dibuat kadang-kadang 1 saat sahaja kemalangan boleh berlaku terutamanya di dapur. Kes melecur memang kebanyakannya melibatkan bayi bawah 2 tahun.

2. Limitkan penggunaan, guna apabila perlu sahaja terutamanya bayi yang dalam fasa merangkak sebab merangkak sangat banyak kebaikannya untuk otot-otot penting dalam perkembangan motor kasar malah perkembangan otak juga.

england.all.biz

3. Pastikan tiada benda di lantai yang boleh menyebabkan anak tersadung dan walker terbalik.

Kesimpulannya, kajian tentang penggunaan walker terhadap perkembangan anak memang banyak dan kebanyakan “buruk” berbanding “baik”. Jadi terpulang pada mak ayah nak terima yang mana, kalau nak guna juga yang penting pastikan anak capai kriteria “lesen” walker sebelum guna.

giphy.com

Sekian terima kasih, semoga bermanfaat.

Artikel ini adalah hasil perkongsian Maryam Jamadi, Occupational Therapist dan Founder Beyond Home Therapy di laman Facebooknya. 

Sumber : Maryam Jamadi

Yang Popular

To Top