Famili

Wahai Bakal Mak Ayah, Ini Nasihat ‘Padu’ Daripada Orang Ramai Untuk Anda…

11
SHARES

Menjadi ibu bapa yang dapat mendidik anak-anak supaya berjaya merupakan perkara yang bukan mudah. Tambah pula dengan perkongsian yang pelbagai di laman media sosial hari ini turut mengelirukan orang ramai khususnya bakal ibu bapa yang menanti kelahiran tidak lama lagi.

Oleh itu, terdapat satu ciapan di laman Twitter yang dapat reaksi pelbagai dari orang ramai yang berkongsikan nasihat dan persediaan apakah yang bakal mak ayah perlu tahu supaya dapat mendidik anak-anak dengan baik.

Baca juga: “Benda Tu Baru Lepas Bunuh Orang”- Anak Lukis Imej Seram Sebelum Tidur, Rupa-Rupanya…

NASIHAT WARGANET UNTUK YANG BAKAL BERGELAR MAK AYAH

Menerusi satu ciapan di laman Twitter milik @localrkyt, ramai dalam kalangan warganet berkongsikan pendapat dan nasihat apabila ditanya. Hal ini kerana, berikutan banyak kes melibatkan isu penderaan, perbandingan antara anak-anak dan ada juga mak ayah yang burnt out, orang ramai meluahkan nasihat kepada bakal ibu bapa supaya dapat membuat persediaan secara awal.

Antara nasihat yang diberikan adalah sebagai ibu bapa baharu atau ‘new parent’, kita jangan menganggap bahawa tugas menjaga anak itu mudah seperti apa yang dipaparkan di dalam media sosial.

SABAR…

Sabar merupakan kunci untuk menjadi mak ayah yang dapat mendidik anak-anak sehingga berjaya. Mungkin setiap anak akan mempunyai ‘demand’ yang berbeza, oleh itu jangan bandingkan personaliti anak kita dengan anak orang lain.

Bila bercakap tentang adab, inilah yang paling penting bagi membentuk modal insan kelas pertama. Kalau nak dibandingkan dengan anak-anak zaman sekarang mereka lebih tertumpu dengan penggunaan gajet dan terlepas pandang urusan bersama orang di sekeliling.

Jadi, buat anda yang bakal bergelar ibu bapa dan juga telah mempunyai anak-anak, inilah masanya untuk anda melatih diri dari awal supaya dapat mendidik anak-anak yang bakal mendominasi dunia nanti!

Sumber: Twitter @localrkyt

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×