Famili

“Benda Tu Baru Lepas Bunuh Orang”- Anak Lukis Imej Seram Sebelum Tidur, Rupa-Rupanya…

23
SHARES

Kalau mak ayah dapat perhatikan lukisan anak-anak yang sedang melalui proses dewasa, ada kalanya seperti seolah-olah ingin menceritakan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Paling merisaukan adalah ada beberapa kisah yang dikongsikan apabila anak-anak diganggu makhluk halus yang menjadi peneman diri mereka dimana sahaja berada.

Mungkin nampak macam remeh tetapi perkara ini tidak boleh dibiarkan lama dan perlu mendapat rawatan perubatan Islam atau perubatan pakar. Seram juga apabila anak-anak melukis imej yang bukan-bukan sahaja kan?

Baca juga: Fenomena Lato Lato, Lebih Banyak Kebaikan Atau Keburukan?

ANAK LUKIS IMEJ SERAM SEBELUM TIDUR

Menurut kisah yang dikongsikan oleh saudara yang dikenali sebagai @koyumasam di lama Twitter, dia menceritakan bahawa anak sepupunya berkelakuan pelik dengan melukis gambar wajah wanita yang tidak dikenali. Apa yang merisaukan adalah imej yang dilukis kelihatan seram dan rupa-rupanya ia adalah seorang kanak-kanak.

Berikut merupakan antara imej yang dilakarkan oleh kanak-kanak tersebut, sebelum tidur sahaja mesti akan lukis dahulu.

Apabila ditanya mengenai maksud imej yang dilukis, kanak-kanak tersebut mengatakan bahawa ‘Amelya’ sudah seminggu bermain bersama-samanya dan sebaya. Rupa-rupanya imej yang bersama ‘Amelya’ adalah identiti yang baik dan apa yang dilukisnya merupakan entiti yang jahat.

‘IMAGINARY FRIEND’ UNTUK KAWAL STRES DIGANGGU MAKHLUK HALUS

Rawatan perubatan Islam telah dilakukan ke atas kanak-kanak bernama Elis itu mengatakan mungkin apa yang dia nampak adalah ‘imaginary friend’ yang diciptakan kerana badan terlampau stres akibat gangguan yang dialami. Apa yang difahamkan adalah kanak-kanak ini tidak tahu untuk membezakan antara mahluk sebenar dan makhluk halus dan ini menjadi gangguan kepada fikirannya.

Sumber: Twitter @koyumasam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×