Tech

Vivo X21 Selangkah Kehadapan!

Memiliki telefon bimbit dengan spesifikasi terkini sememangnya menjadi idaman setiap individu . Tambahan pula, kalau spesikasi yang tersedia menawarkan satu kepuasan kepada penggunanya. Mestilah kita excited betul tak?

Baru sahaja digemparkan dengan pelancaran Vivo V9 selaku telefon rasmi Fifa World Cup yang sedang rancak berlangsung. Kini, Vivo melangkah setapak lebih kehadapan dengan Vivo X21.

Admin yakin mesti ramai yang belum dengar mengenai Vivo X21 kan? tertanya-tanya apa keistimewaannya? Sini, jom kita selami dengan lebih detail kemampuan vivo X21.

In-display Fingerprint Scanning Pertama di Pasaran!

Kalau korang nak tahu Vivo X21 merupakan telefon pertama yang menawarkan In-display fingerprint scanning. Maknanya anda hanya scan fingerprint anda pada skrin telefon sahaja. Awesomekan?

Paparan HD dengan AMOLED

Lebih menarik lagi, kali ni Vivo tawarkan paparan AMOLED yang cukup power. anda nak tengok movie atau apa sahaja bukan lagi satu masalah. Gambar atau video yang ditayangkan dijamin berkualiti tinggi kerana ianya mampu merakam video dengan spesifikasi 1080p @ 30 frame per second.

Kamera Selfie & Video Anda!

kredit: https://www.facebook.com/gradientlok

kredit: https://www.facebook.com/gradientlok

Dilengkapi dengan kamera dual 12Mp+5Mp bagi kamera utama dan 12 Mp bagi kamera kedua atau kamera selfie, Vivo X21 menawarkan anda gabungan kamera terbaik yang apa sahaja tujuan.

kredit: https://www.facebook.com/gradientlok

Anda nak rakam video? Nak selfie? Vivo X21 masih menawarkan kepuasan yang tersendiri. Dengan hasil rakaman HD anda pasti puas hati.

Ada akses AI Face!

Disamping itu, Vivo X21 kali ini lebih istimewa sebab anda boleh guna akses AI Face. Ini bermakna hanya dengan menggunakan wajah anda kini, dah boleh unlock smartphones anda tanpa sebarang masalah.

Dengan adanya sensor infrared light walaupun dalam keadaan gelap anda masih boleh unlock Vivo X21 tanpa masalah.

Tambahan pula, akses AI Face mampu scan wajah anda sepantas 0.1 saat. Wajah anda pula di scan dalam bentuk 3D menggunakan algorithm. Jadi, semuanya jadi lebih mudah sekarang ni. Hanya angkat, scan dan Vivo X21 anda akan di unlock secara automatik.

Pelbagai Fungsi! Sesuai Untuk Kaki Game!

Tak dapat dinafikan bahawa Vivo merupakan peneraju kepada smartphone selfie negara namun, Vivo X21 juga sebenarnya sesuai digunakan untuk gamers di luar sana. Dengan adanya AI Game mode yang terbaru setiap pergerakan yang anda lakukan adalah pada kawasan sepatutnya. Tiada lagi istilah telefon jem atau panas.

Jadi apa lagi yang anda semua tunggu, jom grab Vivo X21  sekarang jugak. Mana nak dapat telefon dengan spesifikasi begini. Siap ada In-display fingerprint scanning lagi.

Untuk maklumat lanjut boleh klik link dibawah ya.

Website: Vivo Malaysia

Facebook: Vivo Malaysia

Yang Popular

To Top