Famili

Viral Video Kanak-Kanak ‘Terhuyung-Hayang’ Sebab Gajet, Keluarga Beri Penjelasan Sebenar

454
SHARES

Sebelum ini telah viral sebuah video berdurasi 44 saat yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang memegang gajet dilihat berjalan terhuyung-hayang, tidak mampu berdiri lurus dan tidak mampu membuat sesuatu kerja dengan sempurna.

Penularan video tersebut telah menimbulkan pelbagai dakwaan daripada pengguna media sosial dengan menyatakan ‘gajet’ menjadi punca utama kanak-kanak tersebut berkelakuan sebegitu. Malah, ada yang menyatakan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan otak akibat bermain gajet terlalu lama.

Ada Jangkitan Pada Otak Bukan Disebabkan Gajet

Foto: Mindful.com

Hasil daripada penularan video berkenaan, seorang daripada keluarga rapat kanak-kanak tersebut telah tampil membuat penjelasan situasi sebenar. 

Menurutnya, gajet bukanlah punca yang menyebabkan perilaku kanak-kanak itu menjadi sebegitu rupa sebaliknya berpunca daripada jangkitan serebelum (otak).

“Beberapa hari sebelum kejadian itu dia demam, jadi apabila dia bangun daripada tidur dia jadi macam ni. Mak dia terpaksa bagi gajet kerana hendak pastikan dia bergerak bagi tujuan rakam keadaannya, bagi nak tunjuk dekat doktor kerana dia tidak tahu macam mana nak terangkan kepada doktor nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Terpaksa Belajar Jalan Dan Berlari Semula

Kini, kanak-kanak tersebut sudah keluar daripada hospital dan perlu belajar semula cara untuk berjalan dan berlari akibat jangkitan otak. Keluarga kanak-kanak ini memohon kepada orang ramai agar tidak lagi menyebarkan video itu lagi kalau tak pasti puncanya. 

Semoga kanak-kanak ini kembali sembuh seperti kanak-kanak normal yang lain.

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×