Rakyat

[VIDEO]Murid ‘Kelas Belakang’ Datang Sekolah Seawal 6.30 Pagi Tolong Cikgu Susun Kerusi, Bagus!

5
SHARES

Bila terfikir kembali zaman persekolah, sudah pasti banyak memori indah yang berlaku. Mana tidaknya, di situlah kita jumpa guru-guru yang mengajar kita sehingga berjaya masuk ke universiti dan juga jumpa rakan-rakan yang rapat sehingga kini. Namun, kita tidak teringgal dengan isu perbandingan yang selalu mengagungkan murid kelas pertama yang lebih mahir dalam bidang pelajaran dan mengetepikan murid kelas belakang.

Baca juga: ‘Masa Kecil Pernah Main Cium-Cium Dengan Adik’- Awas Kandungan Kartun Di Youtube!

DATANG SEKOLAH SEAWAL 6.30 PAGI BANTU CIKGU SUSUN KERUSI

Baru-baru ini tular di laman media sosial Tiktok milik seorang guru @naive_80 yang memaparkan video sekumpulan murid sekolah yang sedang menyusun kerusi untuk perhimpunan pagi. Video ini mendapat perhatian ramai kerana menurut info yang dipaparkan, murid sekolah tersebut adalah murid yang berada di kelas belakang dan datang ke sekolah seawal 6.30 pagi bagi membantu guru-guru.

Apa yang menyentuh hati lagi adalah, perkara tersebut juga bukanlah dari suruhan atau paksaan dari guru malah itu adalah inisiatif mereka sendiri. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang menganggap bahawa murid di kelas belakang tidak menonjol dalam pelajaran dan hanya mementingkan murid kelas hadapan sahaja. Namun, moraliti sebegini susah untuk dibentuk walau sepandai manapun anak-anak tersebut, dan ini bermula dari didikan moral ibu bapa.

@naive_80

Ya Allah, jadikanlah anak² ini insan HEBAT satu hari nanti.. #fyp #fypketak #ryanbakeryfans #cikgusekolah #cikgurbt #masukberanda

♬ suara asli – rainn – ꦫꦲꦀꦤ꧀ || rainn

“YANG KELAS BELAKANG LAH PALING RAMAI BERJAYA..”

Perkongsian video ini mendapat tontonan sebanyak 265 ratus ribu dan mendapat juga komen positif dari netizen.

Semoga anak-anak ini berjaya dunia dan akhirat ya!

Sumber: Tiktok @naive_80

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×