40 Minggu

[VIDEO]’Kamu Suami Dayus”- Pendakwah Kritik Sikap Biar Doktor Lelaki Tengok Kemaluan Isteri Semasa Bersalin

44
SHARES
hospital bersalin

Satu lagi isu dan perbahasan yang tidak pernah selesai apabila membabitkan situasi ibu bersalin iaitu doktor lelaki yang menyambut kelahiran. Ada sesetengah ibu dan ayah yang tidak kisah apabila doktor lelaki ditugaskan untuk menyambut kelahiran dan ada juga yang sangat menitikberatkan aurat si ibu ketika bersalin. Namun, itu semua bukan berada di tangan kita kerana hospital yang menentukan doktor yang bertugas.

Baca juga: ‘Kena Jaga Betul-Betul’- Ini 4 Peringkat Luka Bersalin & Tips Penjagaan Supaya Tak Terkoyak

“KAMU SUAMI DAYUS”- KENAPA BIAR DOKTOR LELAKI TENGOK KEMALUAN ISTERI BERSALIN?

Baru-baru ini tular di laman Tiktok apabila seorang penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin lantang bersuara dengan menyelar tindakan suami yang dianggap dayus. Hal ini kerana, Siti Afifah mengatakan bahawa keputusan membiarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri tidak boleh diterima akal kerana berpendapat masih ramai doktor wanita yang dapat menguruskan wanita ketika bersalin.

“Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah! Kadangkala yang tak masuk akal, doktor lelaki.

Kalau kamu takut dosa dengan Allah esok, Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak ada kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana.

Ramai doktor wanita (boleh sambut) bersalin, kenapa dibiarkan doktor lelaki juga yang nak sambut bini awak. Tengok ‘bawah’ bini awak tu.”

Bukan itu sahaja, dalam video tersebut juga dia mempersoalkan bahawa tidak pernah timbulkah rasa cemburu dalam diri si suami apabila melihat doktor lelaki melihat aurat si isteri?

“Suami tak rasa cemburu ke biarkan lelaki lain tengok bawah isteri?Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain lihat aurat isteri dia, bawah tempat rahsia hanya suami saja tahu.

Sebagai seorang suami, kamu ingat di dunia kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main.

Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kamu disambut lelaki yang bukan suaminya. Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya.”

@sunnahtidakberbohong

#doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong

♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin

“SIMPAN LA DUIT UNTUK ISTERI BERSALIN”

Bukan itu sahaja, Siti Afifah juga turut bersuara bahawa pihak suami sepatutnya menyediakan simpanan duit untuk membayar kos bersalin di hospital swasta kerana ada hospital yang menawarkan khidmat kepada pesakit supaya dapat memilih doktor. Kos tersebut juga dianggarkan sekitar RM4,000 ke atas.

“Bayarlah doktor swasta pun. Kalau kita tahu (kos bersalin) RM4,000. Isteri beranak sembilan bulan (lagi). Letak duit, simpan sedikit-sedikit. Berdoa kepada Allah Taala. Bayarlah doktor perempuan.”

Video tersebut menjadi bualan ramai apabila rata-rata komen warganet tidak bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh pendakwah bebas berkenaan.

Sumber: Tiktok @sunnahtidakberbohong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×