Inspirasi

[VIDEO] Warga Emas Tiada Anak Sebak Sukarelawan Tolong Bersihkan Rumah Selepas Banjir…

426
SHARES

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’ adalah peribahasa yang tepat bagi menggambarkan situasi dialami oleh seorang warga emas dalam mengharungi ujian selepas banjir. Satu rumah dipenuhi dengan lumpur serta barang kelengkapan rumah rosak dan tidak teratur.

Pertolongan orang luar dalam membantu membersihkan rumah sangat diperlukan kerana sudah tentunya dengan usia begitu tidak bertenaga untuk melakukan secara sendirian. Ikuti perkongsian sebak di bawah. Pilu hati melihatnya…

Baca juga: Wartawan Pilu & Sebak Terjumpa Beg Budak Berisi Mainan Bawah Timbunan Kayu Di Pahang

WARGA EMAS TIADA ANAK SEBAK SUKARELAWAN TOLONG BERSIHKAN RUMAH

Menerusi perkongsian @e_pull, dia menjelaskan bahawa dirinya dan rakan-rakan menjadi sukarelawan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat.

“Harini aku turun Hulu Langat Batu 19 utk tolong apa yg mampu. Rumah makcik ni kami bersihkan sampai makcik ni tak dapat tahan sedih kami tinggalkan. Maaf cik, kami tak ckup masa untuk kemas semuanya, Dia bersuami tapi tak ada anak,” jelasnya.

Jelas kelihatan melalui video yang dimuat naik, seorang wanita warga emas tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mereka mengucapkan selamat tinggal selepas membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur dek kerana banjir.

Tambah @e_pull juga, mereka pada mulanya tidak merancang untuk singgah di rumah makcik tersebut dan hanya lalu secara kebetulan sahaja.

For clarification, aku & team mmg tak ada plan nak singgah rumah makcik ni, kami kebetulan lalu lorong ni, terus tanya ada apa nak tolong tak. Makcik ni cakap minta tolong bersihkan rumah dia.. then, kami terus stop kemaskan. Jadi, kami tak ada alamat dia. Dipahamkan ni dekat batu 23. 

Perkongsian itu sudah tentunya menerima reaksi positif daripada warganet. Ada juga yang meminta alamat kerana mahu menolong.

Ada juga yang sudah menghulurkan bantuan membersihkan rumah makcik tersebut tetapi tidak berjaya disiapkan dalam masa satu hari kerana keadaan lumpur yang begitu banyak dan tebal.

Sumber: Twitter @e_pull

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×