Kini Trending

[VIDEO] Viral Pelajar SPM Gigih Study Walaupun Air Banjir Dah Paras Lutut, Mantap!

52
SHARES

Nampaknya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah bermula pada hari ini dan pastinya anak-anak sudah mengulang kaji pelajaran dengan semangat. Begitu juga dengan perkongsian video viral di laman Tiktok ini memaparkan pelajar SPM di negeri Pantai Timut tengah ‘study’ dalam keadaan banjir!

Apa yang membanggakan bagi orang ramai adalah melihat kesungguhan anak-anak ini belajar dalam keadaan air banjir berada pada paras lutut.

Baca juga: Jozlynn Kongsi Tips Kejut Anak Senang Bangun Solat Subuh, Memang Jadi!

AIR BANJIR DAH PARAS LUTUT, MASIH GIGIH STUDY!

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar gigih menghadiri sesi ulang kaji di sekolah meskipun pada ketika itu air banjir sudah berada di paras lutut. Menerusi ruangan kapsyen, pelajar terbabit mendakwa dia dan rakan-rakannya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk terus mengulang kaji pelajaran memandangkan peperiksaan SPM bakal menjelang tidak lama lagi.

Tetap lah belajar kawan, SPM dah tak lama.

Menerusi video tersebut kelihatan seorang pemuda memakai baju putih berjalur merah dipercayai adalah tenaga pengajar sedang berdiri di hadapan kelas untuk menerangkan sesuatu di papan tulis sambil didengari oleh beberapa orang pelajar yang lain.

@mad_eddy

BATCH4👀#ad #spm #fyp #xyzcba

♬ Lalala Remix – Gi Gi 2511

“TETAPLAH STRUGGLE STUDY WALAUPUN DALAM AIR”

Video yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 400k tontonan dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon-calon SPM terutamanya bagi mereka yang berada di negeri yang sedang dilanda banjir. Bukan itu sahaja, kebanyakan netizen juga mendoakan agar urusan calon-calon SPM dipermudahkan.

Selamat menjawab peperiksaan SPM buat adik-adik semua!

Sumber: Tiktok @mad_eddy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×