Kini Trending

[VIDEO] Viral Pelajar Sekolah Makan Makanan Berkuah Atas Lantai, Kembang Tekak!

32
SHARES

Tular di media sosial Indonesia sebuah klip video yang memaparkan tindakan pelajar lelaki menghidangkan makanan dengan cara tidak bersih dan meloyakan. Klip video tersebut tersebut dimuat naik semula oleh akaun Instagram @fatka.indo telah ditonton lebih 720 ribu pengguna Instagram.

Baca juga: Apa Nak Jadi? 3 Wanita Bergelek Sakan Di Majlis Akhir Tahun Sekolah Tahfiz!

PELAJAR SEKOLAH MAKAN MAKANAN BERKUAH ATAS LANTAI

Video tersebut memaparkan situasi seorang lelaki menghidangkan makanan kepada pelajar sebuah sekolah agama dengan cara meletakkannya di atas lantai tanpa berlapik, lapor laman berita Suara.com.

Tindakan mereka menjadi viral kerana ramai netizen memberi respon berhubung cara menghidangkan makanan yang dianggap terlalu melampau.

Menerusi video itu, dapat dilihat sekumpulan pelajar lelaki sedang duduk sebaris di atas lantai dalam sebuah bilik. Tidak lama kemudian kelihatan, salah seorang lelaki itu membawa bekas besar atau besen putih yang berisi makanan untuk dihidangkan.

Lelaki itu dilihat mencedok makanan dan meletakkannya di atas lantai jubin tanpa beralaskan pinggan atau dulang. Sebaik sahaja selesai menghidangkan makanan, pelajar-pelajar lelaki itu terus menjamah makanan yang disediakan tanpa berasa risau akan kotoran yang ada pada lantai tersebut. Malah, mereka terlihat bersemangat ketika menjamu selera.

Video tersebut sudah tentunya dibanjiri komen warganet yang terkejut dan tertanya-tanya mengenai kebersihan lantai tersebut. Ada juga yang memberi nasihat untuk sentiasa menjaga adab di hadapan rezeki.

VIDEO PENUH: 

Sumber: Suara.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×