Sejak pandemik melanda, ramai yang tak dapat balik kampung berjumpa dengan keluarga tersayang. Nasib baiklah ada pelbagai teknologi canggih pada zaman sekarang ni untuk berhubung. Bayangkan kalau anda di era 80an, macam manalah kita nak berhubung dengan keluarga yang jauh.
Tapi, jarak bukanlah penghalang bagi Nenda untuk terus berhubung dengan keluarga dan dengan bantuan cucu kesayangannya, Nenda dapat menggunakan media sosial malah menjadi lebih advance siap buat vlog! Sebagai tanda kasih sayang, Nenda memberi kejutan istimewa untuk anak dan cucunya.
Eh, siapa Nenda yang kami maksudkan ni? Kalau nak tahu, siapa Nenda dan apa kejutan yang dia nak buat, jom layan video ni dulu!
Barulah syoknya raya ada Mister Potato Edisi Terhad!
Rasa Kurma & ubi keledek enak dari Mister Potato!
Memperkenalkan Mister Potato Edisi Khas Ubi Keledek Perisa Kurma Manis tanpa pewarna tambahan! Campuran dua perisa unik ubi keledek dan kurma sempena edisi khas raya, memberikan rasa manis yang menarik. Anda memang kena cuba, bulan lain tak dapat tau!
Datang dalam dua saiz iaitu bekas biasa dan bekas gergasi yang pertama di Malaysia, di mana bekas gergasi ini boleh memuatkan dua bekas biasa Mister Potato, sangat sesuai kalau nak jadikan sebagai buah tangan masa musim perayaan.
Apa lagi, jom dapatkan Mister Potato Edisi Khas Keledek Ubi Perisa Kurma Manis, barulah rare raya anda nanti!