Dapur

[VIDEO] Resipi Sambal Goreng Jawa, Rasa Macam Makan Di Kampung!

11
SHARES

Sambal Goreng Jawa ini boleh dikatakan sebagai menu wajib untuk dihidangkan pada hari istimewa seperti sambutan hari raya atau ketika majlis kenduri bagi mereka yang berketurunan Jawa. Malah, orang Jawa yang menetap di sini, dapat lihat pelbagai versi sambal goreng jawa tersebut. Tak kisahlah nak yang versi basah atau kering, asalkan mengikut cita rasa masing-masing kan? Perkongsian di laman Tiktok @jijieyzamri mengenai resipi memasak sambal goreng jawa.

Baca juga: Penghawa Dingin Punca Anak Kerap Tak Sihat, Ibu Bapa Kena Peka!

Bahan-bahan:

  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Ikan bilis
  4. Cili kisar
  5. Kacang panjang
  6. Lobak merah
  7. Kicap manis
  8. Tempe (potong dadu)
  9. Suhun
  10. Cili besar (dihiris serong)
  11. Ubi kentang (potong dadu)

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Tidak perlu lumat sangat.

Selepas itu, masukan bahan tumbuk tadi ke dalam kuali yang telah panas minyak dan letakkan cili kisar. Gaul sebati.

Kemudian, masukan kacang panjang, lobak merah, kicap manis, tempe (yang telah sedia digoreng) dan ubi kentang (digoreng dahulu). Gaul sebati.

Masukan suhun (sebelum itu rendamkan dalam air dahulu). Gaulkan lagi sekali.

Sebelum tutup api, masukan sedikit perasa dan cili besar. Dah siap!

VIDEO PENUH 

@jijieyzamri

Sambal goreng jawa my style. Biasa makan dekat kenduri, harini buat sendiri 😋 #MYfoodie #tiktokchef #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia

♬ Sayunk I Love You – Chombi

Sumber: Tiktok jijieyzamri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×