Famili

Penghawa Dingin Punca Anak Kerap Tak Sihat, Ibu Bapa Kena Peka!

21
SHARES

Rumah adalah tempat anda berehat dan menghabiskan masa lapang. Ia adalah salah satu ruang yang menyebabkan anda berasa selesa. Oleh itu, ia mestilah bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran termasuklah habuk. Kebanyakan orang tidak mengetahui mengenai kepentingan kualiti udara dan kesan kepada keseluruhan kesihatan.

Bahaya jika anda tidak menyenggara unit penyaman udara anda dengan baik. Lebih-lebih lagi dengan cuaca beriklim tropika seperti Malaysia. Kewujudan penyaman udara boleh mengawal suhu di tempat kerja dan juga rumah. Namun, jika tidak disenggara dengan baik, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.

Baca juga: 7 Tanda Anak Belum Terjebak Dengan Ketagihan Gajet, Periksa Sebelum Terlambat

Sistem penapis pada unit penyejuk anda berperanan penting dalam menjaga keadaan suhu yang selesa dan sihat di dalam rumah atau bilik. Sekiranya penapis aircond rosak atau kotor, berhati-hatilah dengan bahaya penghawa dingin yang boleh mengundang tahap kesihatan yang buruk kepada keluarga.

Terkejut besar masa dapat tahu dari kawan saya yang ada pesakit cilik baru berusia setahun tapi kerap sangat demam, selesema dan berhingus.

Paling mengejutkan rupa-rupanya bila diperiksa, jangkitan itu melarat sampaikan gegendang telinga budak itu dah pecah dan boleh nampak nanah kuning mengalir keluar!

Kawan saya itu bertugas sebagai doktor dekat bahagian Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Katanya selalu jugaklah dia jumpa kes begini sebenarnya. Masalah jangkitan pada salur pernafasan dan telinga ini biasa berlaku pada bayi dan kanak kanak yang selalu terdedah pada penghawa dingin.

Pasang aircond terlalu sejuk pun boleh jadi punca batuk selesema tapi yang lebih membahayakan bila aircond itu jarang diselenggara. Kita ingatkan udara sejuk itu bersih dah ditapis, padahal aircond itu sebenarnya penuh dengan habuk dan hama.

Habis berterbangan dalam rumah kemudian masuk dan melekat dekat saluran pernafasan anak-anak. Itu yang budak-budak senang sangat jatuh sakit walaupun sekarang ini asyik berkurung dalam rumah.

Kita pun tak senang duduk bila lihat dia orang tak aktif, terbaring sahaja nampak tak bermaya. Kawan saya itu pesan bila guna penghawa dingin itu berpada-padalah.

Mesti servis ikut waktu yang sepatutnya. Usah pandang remeh benda ini sebab ia boleh beri kesan besar pada kesihatan bayi dan kanak-kanak kat rumah kita. Tolong sampaikan pesanan ini pada mak ayah yang lain jugak ya. Mudah-mudahan keluarga kita semua sihat belaka dan jauh dari penyakit.

Sumber: Facebook Ahmad Luqman Bukhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×