Asuh

[VIDEO] Patutlah Bayi Suka Bunyi Hair Dryer/Vacuum, Rupanya Dalam Perut Ada Bunyi Ini!

220
SHARES

Sudah bermacam-macam cara digunakan untuk menenangkan bayi yang sedang menangis. Tapi, adakah anda sudah mencuba teknik menggunakan white noise? Ini merupakan salah satu cara untuk anda menenangkan bayi yang sedang menangis dan menjadikan mereka mudah tidur dengan menggunakan bunyi-bunyian dari mesin tertentu.

Jom kita tengok cara yang dikongsikan oleh ibu ini. Boleh cuba untuk mudahkan anak tidur nanti!

Baca juga: Majlis Reunion Penyatu Jodoh Cikgu & Bekas Pelajar, Beza Usia 11 Tahun!

PATUTLAH BAYI SUKA BUNYI HAIR DRYER/VACUUM

Berdasarkan satu perkongsian video di laman Tiktok @miamiftafhf, ibu ini memaparkan video bayinya yang sedang menangis dan dia sudah menggunakan pelbagai cara untuk menenangkan anaknya tersebut. Salah satu cara yang menjadi adalah dengan menggunakan pengering rambut atau hair dryer yang dipasang begitu sahaja.

Bunyi yang dikeluarkan oleh pengering rambut tersebut adalah sangat berkesan untuk menenangkan bayi yang menangis tersebut. Inilah yang dipanggil ‘white noise’ dan sudah terbukti bahawa bunyi-bunyian seperti vacuum, pengering rambut dan mesin-mesin bunyian sebegini dapat membantu menenangkan si manja dan membuat mereka mudah lena!

BAYI MEMANG SUKA WHITE NOISE, MEMANG MENJADI!

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan ibu yang sudah mencuba teknik white noise ini juga dan menjadi! Hal ini kerana, ketika di dalam kandungan, bayi sudah terbiasa ‘bertemankan’ bunyi-bunyi yang seakan-akan white noise tersebut. Ini yang menjadikan ada dalam kalangan bayi yang tidak kisah untuk tidur walaupun dalam keadaan sekeliling yang bising.

Sumber: Tiktok @miamiftahf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×