Rakyat

[VIDEO] Nak Bayar Guna Cash Tapi Kuarantin, Abang Rider Belanja Customer Makan!

138
SHARES

Di kala pandemik sedang berlaku di negara kita namun masih ramai lagi individu yang mengambil peluang untuk melakukan kebaikan terhadap antara satu sama lain dan menghormati kehidupan masing-masing.

Satu video di laman TikTok perkongsian Abang Rider telah menerima pujian dan reaksi positif daripada netizen kerana melakukan tindakan yang bijak.

Baca juga: [VIDEO] Berniaga Tepi Jalan Pun Daif, Tapi Pakcik Murah Hati Beri Minyak Secara Percuma…

BELANJA CUSTOMER MAKANAN KERANA KUARANTIN

Video itu memaparkan seorang rider telah menerima pesanan daripada pelanggan dan menyuruhnya untuk naik keatas lalu meletakan makanan di luar rumahnya sahaja. Menurut video berdurasi kurang satu minit itu, pelanggan tersebut dikatakan sedang menjalankan kuarantin di rumah.

Pelanggan itu juga memilih bayaran secara tunai kerana wang di dalam akaun bank tidak mencukupi. Setibanya di rumah pelanggan, mereka sedang menjalani kuarantin kerana ibunya yang disahkan positif.

Namun memikirkan faktor keselamatan, rider tersebut terpaksa menolak wang pemberian dan menyatakan hasratnya untuk belanja makanan yang dipesan oleh mereka. Meskipun berbeza agama dan fahaman, ia tidak menghalang rider tersbeut untuk melakukan kebaikan.

“Tak apa lah, harini kita tolong orang, nanti kita susah Allah hantar orang lain pula tolong kita,” tulisnya.

Video itu menerima 132,200 ribu tontonan dan dibanjiiri komen daripada netizen yang mendoakan semoga rezekinya terus dan bertambah selain turut kesian dengan keadaan mereka yang sedang kuarantin di rumah.

Sumber: TikTok Abang Rider

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×