Inspirasi

[VIDEO] Berniaga Tepi Jalan Pun Daif, Tapi Pakcik Murah Hati Beri Minyak Secara Percuma…

38
SHARES

Kehidupan di dunia tidak selalu indah seperti yang diimpikan. Setiap insan pasti diuji dengan pelbagai dugaan dan harus menempuh dengan hati terbuka. Namun, dugaan bukanlah satu penghalang untuk seseorang tidak mahu berusaha meneruskan kehidupan.

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video yang telah meraih ribuan tontonan dan ruangan komen juga dibanjiri oleh netizen yang rata-rata memuji tindakan pemuda tersebut.

Baca juga: [VIDEO] Nenek Usia 87 Tahun Berniaga Atas Lantai Pasar Undang Sebak

MINTA MINYAK MOTOR SECARA PERCUMA

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, pemuda yang dikenali sebagai Nurroh Manadi membuat eksperimen sosial terhadap seorang pakcik yang menjual minyak di tepi jalan.Nurroh mendekati pakcik tersebut lalu meminta satu botol minyak secara percuma kerana dia kononnya terlupa membawa wang.  Tanpa berfikir dua kali, pakcik tersebut dengan hati terbuka dan murni memberi sebotol minyak secara percuma.

Tidak lama kemudian , Nurroh datang semula ke gerai pakcik tersebut lalu memberi satu bungkusan berwarna hitam. Pada mulanya pakcik itu menolak namun akhirnya dia akur menerima pemberian pemuda tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai mendoakan agar pakcik tersebut sentiasa dilimpahkan rezeki berpanjangan. Meskipun sudah agak sedikit membongkok, namun ia tidak menghalang pakcik untuk terus mencari wang demi kelangsungan hidupnya. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah.

Sumber: TikTok Nurroh Manadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×