Sejak kebelakangan ini, makin ramai kita lihat orang yang mengalami kesusahan bukan sahaja dari segi pekerjaan, malah wang ringgit dan makanan. Untuk terus hidup, pastinya ramai yang sanggup melakukan apa sahaja kerja supaya dapat membeli bekalan makanan yang cukup.
Begitu juga dengan perkongsian menyayat hati ini di Pasar Siti Khadijah apabila seorang nenek dilihat masih gigih berniaga walaupun uzur dan datang dari kawasan jauh.
USIA 87 TAHUN, MASIH GIGIH BERNIAGA WALAUPUN ATAS LANTAI
Walaupun sudah berusia 87 tahun, warga emas ini masih gigih menjual nanas, asam keping dan serai di Pasar Siti Khadijah. Seperti yang dilihat, nenek ini masih berniaga walaupun hanya duduk di atas lantai sahaja. Namun apa yang lebih menyedihkan lagi adalah nenek ini hanya tinggal sendirian di rumah. Manakala sebelah matanya juga sudah hilang penglihatan.
@hanifasyraf1Jauh2 mek ni datang demi mencari sesuap nasi 😭 Allahuakbar , Kau berikanlah kesihatan yg sempurna untk mek ni ##sedekah♬ bunyi asal – Hanif Asyraf
Menurut nenek ini, jika dia tidak berniaga maka dia tidak boleh makan, malah sudah beberapa hari tidak menjamah nasi kerana tidak mempunyai duit. Hanif Asyraf bersimpati dengan keadaan nenek ini lantas dia bertanya jika ada apa-apa yang diperlukan olehnya.
Minta RM5 Untuk Beli Beras
Namun jawapan nenek ini sungguh menyayat hati kerana dia hanya meminta RM5 sahaja untuk membeli beras serta makanan bagi mengalas perutnya yang sedang kelaparan. Tanpa membuang masa, pemuda ini terus membeli beras, barangan keperluan lain serta makanan untuknya. Memang jelas terpancar senyuman kebahagiaan di wajahnya.
Walaupun nenek ini sedang berada dalam kesusahan, dia tetap juga menyedekahkan barang jualannya kepada pemuda berkenaan sebagai tanda terima kasih.
@hanifasyraf1Ok part 2 😭 nnti saya cari balik makcik ni ##sedekah ##indonesia ##thailand♬ bunyi asal – Hanif Asyraf
Melihat situasi berkenaan, ramai warganet yang meluahkan rasa sebak melihat perkongsian dari Hanif Asyraf. Malah ada juga yang mempersoalkan di mana anak-anaknya dan pihak bertanggungjawab. Semoga keadaan akan semakin pulih dan hidup ramai orang yang terkesan menjadi lebih baik.
Sumber: Tiktok @Hanifasyraf1